Sunday, November 28, 2010

babaya vs papaya


Dua minggu sudah berlalu..bermulanya cuti persekolahan… begitu banyak sekali perancangan yang telah dirancang untuk diisi sepanjang cuti..nak buat tu nak buat ni..tapi sehingga detik ini..perancangan tersebut masih belum terlaksana..n sehingga saat ini menjadi baby sitter seperti tahun2 sudah bersama adik2 tersayang..herm…tu lah..kita hanya merancang,tapi Allah yang menentukan segalanya. Sesungguhnya Allah lah Pencatur yg terbaik..mungkin ada yg lebih baik tersedia dari apa yg telah dirancangkan..

Post kali ni untuk tatapan umum..hehehe..sape la yg umum2 nk tatap post ni..huhuuhu

Entry kali ni berkaitan dgn betik ..macam tajuk di atas,babaya dan papaya equal to betik......sepanjang cuti ni, betik selalu menjadi hidangan bersama ketika makan..erm..pencuci mulut-betik..minuman-jus betik..bangun tidur jer..nampak betik..nak tidur pon betikzzzzzz..hahaha..ade ke sampai macam tu sekali..dasyat betul..hehehe

Sebenar-benarnya betik ni banyak khasiatnya,,..tmbah2 lagi buat sesaper yg selalu menghadapi sembelit..ia sangat la bagus untuk melawaskan perut

Antara khasiat2 lain betik ialah…

Jeng--- jeng--- jeng ......

Bagi Buah Betik


Selain mengandungi kalium dan magnesium yang sangat tinggi, buah ini juga kaya dengan karotena, vitamin C, dan flavonoid, sehingga dapat berfungsi memecahkan serat makanan sisa, sehingga mudah kita untuk membuang air besar. Jika dimakan segar secara rutin, buah betik sangat bermanfaat untuk mengubati usus yang luka dan mengurangkan panas tubuh ketika deman.
Bagi Daun Betik


Bagi yang suka,
xsuka xpayah bace yer.. daun betik sangat enak dibuat sayur dan ulam. Memang rasanya agak pahit tetapi tengok saja manfaatnya yang luar biasa, seperti mengubati malaria, sakit perut dan kurang nafsu makan..sape2 nk kuruskan badan..bleh jgak amalkan ni..nge~~~

Caranya: Ambil daun betik segar sebanyak 1-2 tapak tangan, garam sedikit, dan air suam 1/2 cawan. Campuran ini dipipis atau dikisar, lalu diperah dan diambil airnya. Diminum sehari satu sehingga tiga hari berturut-turut. Kandungan papain dalam daun juga amat berkesan untuk melembutkan daging. Masyarakt Mexico menggunakan daun betik bukan sahaja untuk melembutkan daging, tetapi juga dijadikan ubat untuk asma dan masalah jantung. Bagaimanapun jika penggunaan daun terlalu banyak ia boleh jadi berbahaya kerana ia boleh menghasilkan toksik…jgn terlebih suda



Bagi Biji Betik


Dikatakan amat berkesan untuk megubati masalah cacing dalam perut.

Caranya: Jemur biji betik hingga kering, lalu tumbuk hingga halus. Ambil serbuk ini sebanyak 10 gram dan didihkan bersama 150ml air, sehingga tinggal kira-kira 75 ml. Minum sekali gus 2 jam sebelum makan malam.tika ni..arap kena sabar dulu


Bagi Getah dan akar Betik

Dapat mengubati sakit saluran kencing, masalah cacingan, bahkan digigit ular berbisa. Untuk ubat cacing,gunakan akar betik kering sebanyak 10 gram, bawang putih 1 gram, dan 100 ml air. Semua bahan dipotong-potong, kemudian didihkan dengan air selama 15 minit, baru disaring. Bila perlu, tambahkan air matang sehingga diperoleh hasil saringan 75 ml. Bahagikan kepada tiga bahagian (25 ml) sekali minum.



hasil terjahanan pokok betik belakang ,kiri,kanan rumah..nge~~~~

akhirnya terhidang lazat dalam sebuah pinggan


lepas ni dijemput la sape2 yang lalu belalang kat sini untuk tanam pokok betik ni..xsusah pom..tapi kalu malas sangat nak tanam tu beli jer kat kedai..tapi AWAS!! anda disarankan untuk menanam..save la budget duit sikit...bleh sihatkan tubuh badan ape bila bertani...samapai disini dulu..Selamat mencuba!!


BERTANI SATU IBADAH




2 comments:

muRaBbi s0LehaH..^_^ said...

waa...lamanya xmkn betik..hehe..

Lukisan Alam said...

jom mkn btik skrang..>.<