Wednesday, June 30, 2010

AlhamdulillaH


salam perjuangan kepada semua kaki2 bloger terutama yg sudi untuk melawat teratak usang ni..Alhamdulillah,bersyukur kepada Yang Maha Esa kerana dapat lagi diberi peluang untuk jari jemari ini berdansa di atas keyboard komputer riba yang menjadi teman setia di kala membuat tugasan2 kuliah...

alhamdulillah lagi sekali kerana hari ini dapatku memulakan kehidupan dengan melaksanakan tanggungjawab bersama..tanggungjawab ape ni..tanggungjawab sebagai hamba kerdil terhadap Tuannya. Pagi tadi berjaya pergi ke Balai Islam Saidatina Aisyah,bersama-sama adik2 junior baru yang baru mendaftarkan diri di institut ini melaksanakan solat berjemaah subuh.

sejak semalam mata tidak dapat nak dilelapkan,sebabnya pada petang tersebut mendapat berita yang guru pelatih dalam kelas ada yang tidak lulus peperiksaan semester seramai tujuh orang. Punya la xsenang duduk bila memikirkan hal tersebut.setiap saat dan ketika perkara tersebut akan difikirkan.ku merasakan kelasku merupakan kelas yg membuatkan keputusan peperiksaan rosak teruk.

selesai melaksanakan tugas di BISA, kaki diayun untuk melangkah pulang ke asrama untuk bersiap ke kelas pada pagi tersebut. hajat di hati sebelum pergi ke kelas,ingin ku ke bilik UPP dimana bilik tersebut yang akan menjadi tumpuan apabila ada sahaja perkara yang berkaitan dengan peperiksaan. hati ku berdebar-debar untuk mengetahui siapakah 7 insan yang dikatakan tidak lulus tu,,..

kaki dilangkah dengan berhati-hati disertai dengan dengupan jantung yang terumbang-ambing...
pintu bilik UPP dikuakkan dan guru yang bertugas pada waktu itu dicari dengan penuh gementar. salam yang diberikan disambut dengan ceria.tanpa membuang masa,tujuan utama ke situ diutarakan.

CM : Assalamualaikum,
UPP : waalaikummussalam.ade boleh saya bantu?
CM : saya dari unit Pengajian Agama ingin bertanya senarai nama pelajar kelas kami yang tidak lulus peperiksaan baru-baru ini.
UPP : dari unit awak tiada yang tidak lulus,semuanya lulus.kejap yer,saya nak bacakan nama yang akan ambil ujian ulangan ...
berdasarkan nama yang disebut,tiada pun nama pelajar kelas p.a.
CM :(dalam hati ni tidak puas hati lagi sebab xpercaya lagi dan berusaha untuk mendapatkan kepastian)
tapi saya mendapat berita yang pelajar kelas kami ada 7 orang yang tidak lulus.
UPP : awak pelajar pengajian agama kan? 7 orang yang kena ulangan tu bukan dari kelas kamu,tapi dari kelas P.I iaitu kelas pendidikan inggeris.
CM : (apabila orang UPP berkata seperti itu, terasa nak sujud jer dekat situ kerana syukur sangat semua pelajar kelas kami xkena ambil ujian ulangan 12 hb 7 ni..)ooo...yeke,,erm,k xpe la puan.terima kasih yer

kaki diayun dengan penuh gembira dan teruja dengan berita yang baru diterima sebentar tadi ke kelas..apabila berita itu telah disampaikan kepada semua penghuni dalam kelas p.a tu..semua berasa lega..

sebelum keputusan ni keluar,kami sentiasa berdoa kepada Nya supaya pelajar kelas kami semuanya lulus.dan hari ini,berita ini telah membuatkan doa kami semua dimakbulkan oleh Nya.

dari peristiwa ini,sedar la kita semua yang Allah tidak akan sesekali akan melupakan kita jika kita ingat kat Dia.jadi kesimpulan pendeknya,dalam membuatkan sesuatu perkara, jangan lupa untuk berserah dan meminta pertolongan dari Nya.kalau semua itu bukan ketentuan Nya,ia tidak akan terjadi.

ingatlah yang kita hanya mampu untuk merancang,tapi segala-galanya ditentukan oleh Nya.

wallahua'lam

nota tangan][ = jangan mudah menyerah pada takdir sahaja segala sesuatu,usaha dan doa perlu disertakan bersama seterusnya baru dapat kita berserah kepada Nya dan terus beristiqomah dengan amalan yang dilaksanakan

Tuesday, June 29, 2010

Hikmah Kembara

Di sini kau berdiri berpijak di bumi
Menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau terfikir alam penuh rahsia
Anugerah yang Maha Esa
Berjalan bermusafirlah…

Melihat kebesaran Tuhan yang diciptakan untuk
Mereka yang berfikir dan bersyukur
Di atas nikmat dan kurniaNya
Nilai harganya iman dan taqwa

Bagi hamba yang setia
Tiada beza warna kulit atau rupa
Yang ada hanya insan yang lemah…
Dengan satu tujuan mencari keredhaan
Dan berbudi di bumi Tuhan…

Fikirkanlah…ke mana arah kita
Renungilah…ooo
Hikmah kembara menuju kasih
Buktikan cinta kita kepadaNya…

Ini kembara kita
Berjalan dan bermusafirlah…
tuk melihat kebesaranNya
Lantas berfikir dan bersyukur
Di atas nikmat dan kurniaNya
Nilai harganya iman dan taqwa
Bagi hamba yang setia

satu malam dimajlis kenduri

salam ukhuwah...

satu malam di majlis kenduri,ramai sanak saudara datang ke rumah untuk memeriahkan majlis. Rasa gembira dan ceria pabila semua orang dapat berkumpul ramai-ramai.. Rumah menjadi riuh rendah dengan pelbagai kerenah dan ceritera dari setiap orang yang hadir dan masing2 berselerak di setiap pelusok rumah.

Semasa si cahayamalam ni tengah meratah makanan di bahagian dapur,tiba-tiba muncul la atuk kesayangan ramai dalam rumah itu yang digelar Tok Ayah. sedang asyik duk meratah,tok ayah yg dari tadi lalu,asyik memerhatikan gerak kerja tersebut lalu mendekati dan terjadi la sedikit perbualan pendek tapi sangat berguna sebagai peringatan semasa

tok ayah : sape dah name kamu?tok ayah lupe la..rama sangat cucu ni..mata pun dah rabun..
C.M : kita la ni tok ayah .......
tok ayah : ooooh...kamu rupenya,maaf la tok ayah ni slalu bertukar kamu ni dgn yang lain..kamu belajar kat mana sekarang?
C.M : kita belajar kat melaka sekarang ni tok ayah..
tok ayah : kamu duk tempat orang tu,jga dari molek la..jaga enjin tu leklok..
C.M :....dlm hati...(enjin ape plak tok ayah ni,,,blur..jdi pending tetiber time ni..ful dengn mknn agaknya..

tok ayah mnruskan lagi kata2nya...

tok ayah kata jagalah enjin molek-molek semasa berada diperantauan tu.kamu kena ingat,Allah selalu tengok apa saje yang kita buat.kamu nk malu dgn manusia sekeliling xde guna,kalau kat Tuhan kamu xmalu. Tok ayah menganalogikan enjin yang dimksudkan bagaikan enjin sebuah kereta. cuba bayangkan enjin kereta yang tidak dijaga dengan baik,sudah semestinya kereta tu akan rosakkan..begitu jugaklah dengan kita ni manusia tambah2 lagi perempuan. Ramai remaja perempuan hari ini sudah rosak,sebabnya kenapa??
sebabnya xjaga enjin molek-molek la,,..ingat sikit sape kite ni sebenarnya...kita hidup atas dunia semuanya atas dasar pinjaman. Allah bagi kita pinjam badan dengan baik dan sempurna tapi xkan kita nk pulang dengan keadaan yang rosak??siapa kita nk merosakkan semua pinjaman ni??
Tuhan bagi kita akal untk kita berfikir dengn sewarasnya.Tuhan buat dah jalan hidup yang baik dan molek,knape kita nk pilih jalan songsang dan merosakkan diri plak??sedar tak kita ni??cuba tengok kat lua sana,betapa ramainye anak2 luar nikah..bayi2 plak macam barang permainan dibuang sana sinun. tu la padahnya bila nafsu yang menjadi turutan..iman plak jauh dah buang kat sungai..

Jaga enjin tu molek,ingat molek yang penting iman kita ni kena jaga sangat2..bila iman dah rosak,habis punah ranah la enjin...dah xberguna lagi dah..nasi jadi bubur dah..jangan mudah sangt nak terpangaruh dengn benda2 yang merosakkn diri ni,,duk tempat orang ni,,kna kuat diri untuk ingat kat Tuhan,insyaAllah Allah akan tolang sama2 utk jga diri..

C.M : ..(hanya mampu untk mengangguk dan mengiyakan saja apa yg di perkatakan oleh tok ayah..)




Kita Hamba

kita adalah insan
Yang dihidupkan buat sementara
Kita adalah insan
Yang hakikatnya adalah hamba

Tapi mengapa sering kita
Tangguhkan perintah waktu untuk menyembahNya
Tapi mengapa kita
Selalu leka dengan kewajipan sebagai hamba
Sedang tuhan tidak pernah lupa
Untuk mencurahkan segala nikmatNya

Bahkan Tuhan Maha Pengampun
diatasa segala doasa yang dilakukan
Bagi mereka yang insaf dan mahu bertaubat
Bangunlah di tengah malam
Untuk bermunajat merintih kepadaNya

Pohonlah kasih sayangNya
Agar selamat dunia dan akhirat
Bagi mereka yang insaf dan mahu bertaubat

Bila Waktu Tlah Berakhir

Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sadari
Masikah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan
Kembali padaNya

Bila waktu tlah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tingallah sepi

Monday, June 28, 2010

<<..seketika cuma..>>

salam ukhuwah fillah kepada semua pelawat2 blog yang melewati sesawang ini..dah lama tidak menUp-datekan teratak ini,dah penuh dengan segala macam habuk dan sawang dah..alhamdulillah,pada ketika ini jariku berdaya dan berjaya untuk menari-nari di depan keyboard ini untk mungkin untuk menyampaikan sesuatu yang berguna dan juga mungkin juga sia-sia. ku harap tidak ku buang waktu dan masa yang sangat ternilai dengan begitu sahaja.

ku fikir ku tenung ku imbas ku ingati kembali semua masa yang telah ku lalui dan harungi dalam hidup ini, terasa banyak sekali ku membuang waktu,mencampak detik-detik yang berharga dengan begitu sahaja membuatkanku memang tergolong dalam kalangan mereka yang sangat rugi. Bila muhasabah balik diri sendiri, memang bagi kesan untuk insaf dan kenal siapa sebenar kita ni..ape tugas yang sepatutnya kita buat atas dunia ni.

Allah dah berfirman dalam kitab suci

"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Ku"

tapi lama2 kita kembali kepada sifat negatif tu balik..kenapa tu sering terjadi??
dengan muhasabah kita dapat semangat baru untuk memperjuangkan yang hak.
niat di hati sentiasa ingin terus bersemangat untuk berjuang fi sabilillah,namun ujian sedikit yg mendatang membuatkn semangat menjadi lebur dan luluh.lepas tu nak bangun dan bangkit dah xberdaya..mengapa??mengapa????

Allah juga dh berfirman

"jangan sesekali mu kata dirimu dah beriman kalau dirimu xdiuji.."

ujian yg sedikit dah buat diri xdapat nk bangkit semula,macm mana Allah nak bagi ujian yg lebih besar??hish..........perasan diri kuat,,tapi xde ape pun.. hish..macam niker nak jadi pejuang fi sabillillah???????? sudah jatuh dan mengalah dengan ujian sedikit yang diberikan????

dalam Quran pun Allah dah pesan awal-awal

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"

...muhasabah seketika buat insan hina dan khilaf ini...

Thursday, June 3, 2010

QUNUT NAZILAH



Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat
yang khusus sewaktu berdiri.

Qunut nazilah merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat
dibaca dalam solat mengikut mazhab syafie selain qunut dalam solat subuh
dan qunut pada separuh malam kedua terakhir dalam solat witir di bulan
Ramadhan.

Qunut nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana
atau ditimpa musibah seperti ketakutan, ditimpa wabak, diserang belalang
dan sebagainya. Qunut ini tidak dibacakan jika umat Islam tidak didatangi
dengan cubaan-cubaan seperti ini.

Bacaan Qunut Nazilah di zaman Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam
Qunut ini pernah dibacakan oleh Rasulullah ketika kejadian pembunuhan
beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan maksud hadis
berikut :
Maksudnya: Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut
pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabatsahabatnya
penghafaz-penghafaz al-Quran.

-Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim-

Tatacara Bacaan Qunut Nazilah
1. Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jika
kedatangan bala atau sebarang cubaan dari Allah SWT.

Dari Abi Hurairah radhiyallahu `anhu beliau berkata : "Demi
Allah, sesungguhnya aku akan mendekatkan kamu cara solat Rasulullah
S.A.W. Maka Abu Hurairah melakukan qunut pada solat Zuhur, Isya' dan
Subuh. Beliau mendoakan kebaikan untuk kaum mukminin dan
memintakan laknat ke atas orang-orang kafir".

Maksudnya: Abu Hurairah radhiyallahu `anhu meriwayatkan bahawa
sesungguhnya Nabi S.A.W tidak membaca qunut melainkan apabila beliau
berdoa untuk kebaikan seseorang atau mendoakan kehancuran seseorang.
Apabila baginda berkata: "sami'allahu liman hamidah" Baginda berkata
“Rabbana lakalhamd dan Baginda S.A.W membaca doa”.

2. Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat
terakhir.

Diceritakan kepada kami Asim berkata, aku bertanya pada Anas bin Malik
tentang qunut, lalu dia berkata sememangnya qunut itu ada. Aku berkata
samada sebelum rukuk atau selepasnya, Anas berkata selepas rukuk. Aku
berkata lagi, sesungguhnya seseorang telah mengkhabarkan kepadaku
bahawa engkau memberitahunya selepas rukuk. Anas berkata dia
berdusta, sesungguhnya Rasulullah S.A.W membaca qunut selepas rukuk
selama sebulan dan diperlihatkannya ketika mengutus satu kaum yang
dikatakan mereka itu baik bacaannya seramai 70 orang kepada kaum
mushrikin yang telah melakukan perjanjian dengan Rasulullah S.A.W
(mengikut riwayat hadis yang lain, 70 orang al-qura’ yang diutuskan oleh
Rasulullah tersebut telah dibunuh). Lalu baginda berqunut selama
sebulan mendoakan kecelakaan ke atas mereka.

3. Lafaz doa qunut nazilah adalah seperti berikut:


Maksudnya “ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan
Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari
Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami
memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak
mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka
kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami
bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas,
kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana
azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah
segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara
kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka
kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah
Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami
dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya
melainkan Engkau, ya Allah.”

4. Sunat ditambah bacaan doa ini selepas bacaan qunut harian.

5. Disunatkan kepada Imam untuk membacanya secara kuat dan
diaminkan oleh makmum dalam solat yang berjemaah.

6. Sebagai peringatan, qunut nazilah hanya dibacakan apabila manusia
ditimpa sesuatu musibah. Maka, solat fardhu selain solat subuh tidak
dibaca qunut melainkan jika berlaku sesuatu perkara buruk
berdasarkan maksud hadis:

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa
qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan
sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.
-Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim