Bila cuti sekolah ni bermula,maka berakhirlah sudah pembelajaran di semester ke-3 dlm program persediaan..bila tengah asyik membelek nota2 yg ada dalam lappy ni..terbuka nota subjek akhlak..hari tu dalam kelas AI 31 semasa di institut,bersama ustazah Fatimah mempelajari topik RIAK..hasil perbincangan dan perbentangan yg telah berlangsung..ini adalah sedikit perkongsian...
Petua untuk mengelak RIAK
Jika Engkau Bertemu Dengan Seseorang
Maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkanlah dalam hatimu
"Mungkin kedudukannya disisi Allah jauh lebihbaik dan lebih tinggi dariku"
Jika Engkau Bertemu Dengan Anak Kecil
Maka ucapkanlah dalam hatimu
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah,sedangkan diriku telah banyak
bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini lebih baik dariku"
Jika Engkau Bertemu Dengan Orang tua
Maka ucapkanlah dalam hatimu
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lamadariku, tentu dia lebih baik dariku"
Jika Engkau Bertemu Dengan Orang Yang Berilmu
Maka ucapkanlah dalam hatimu
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akanpernah ku capai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dialebih baik dariku"
Jika Engkau Bertemu Dengan Seorang Yang Bodoh
Maka katakanlah dalam hatimu
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana diabodoh (tidak tahu) sedangkan aku bermaksiatkepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Danaku tidak tahu bagaimana akhir umurku danumurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku"
Jika Engkau Bertemu Dengan Orang Kafir
Maka katakanlah dalam hatimu
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak,mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam danberamal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usiadiriku kufur dan berbuat buruk"
Sabda Nabi s.a.w
Nabi s.a.w : Mahukah kalian aku memberitahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajjal?
Sahabat jawab : Tentu
Nabi s.a.w : syirik yang tersembunyi ini apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya kerana melihat seseorang sedang memandangnya
( Hadis riwayah Ibnu Majah )
p/s : semoga kite semua dijauhkan dari penyakit hati terbabit..amin..
2 comments:
salam..ilmu (petua yang sangat bermanfaat..semoga perkongsian ini menjadi peringatan untuk kita..^.^
insanbiasa>> yep..moga sama2 kite memanfaatknnya..
_tingkatkan prestasi kurangkan kontreversi upgradekan iman di hati_
Post a Comment