Monday, July 26, 2010

...selamat menyambut nisfu sya'ban...

Sekarang kita berada di bulan Nisfu Sya’ban. Bulan sya’ban adalah terletak antara dua bulan iaitu bulan rejab yang merupakan bulan haram dan bulan ramadhan yang merupakan bulan mulia dan bulan Al Quran di turunkan.Bulan Sya’ban merupakan bulan yang Rasulullah memperbanyakkan puasa sunat berbanding dengan bulan-bulan lain.


Usamah bin Zaid meriwayatkan bahawa beliau telah bertanya kepada Rasulullah: “ Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa di bulan-bulan lain seperti mana engkau berpuasa di bulan sya’ban.” Baginda menjawab, “ ia adalah bulan yang dilupa oleh kebanyakan manusia iaitu bulan antara Rejab dan Ramadhan. Ia merupakan bulan amalan manusia di angkat kepada Tuhan sekelian alam, dan aku suka amalan aku di angkat dalam keadaan aku berpuasa.


Hari ini adalah 14hb Sya’ban dan esok adalah hari pertengahan bulan sya’ban. Malam ini adalah malam nisfu Sya’ban . Banyak hadith-hadith yang telah menceritakan tentang kelebihan malam nisfu sya’ban. Antara hadith itu adalah sebuah hadith hasan yang telah diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal yang bermaksud: “Allah sentiasa melihat kearah semua makhluknya pada malam nisfu sya’ban lalu mengampunkan semua makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang bermusuhan.”


Allah sentiasa memerhatikan makhluknya dengan pandangan yang lembut dan di sertai dengan keampunan. Akan tetapi pemerhatian pada malam ini adalah pemerhatian yang di sertai dengan belas kasihan dan keampunan serta perhatian yang istimewa. Tentang dosa syirik Allah telah menjelaskan pada ayat Nya :

( AN NISA’ 4:116 ) Ertinya ; “Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mensyirikkan Nya dengan sesuatu dan dia akan mengampunkan dosa selain dari perbuatan syirik bagi sesiapa yang di kehendakiNya.”


Seperkara lagi yang di kaitkan dengan malam nisfu sya’ban ini adalah satu peristiwa yang berlaku dalam tahun kedua Hijrah iaitu peralihan kiblat dari Baitul Maqdis ke Masjidil Haram. Baginda Rasulullah telah mengimpikan dalam dirinya supaya dia dapat mengadap kearah kiblat bapanya Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail yang telah membina rumah Allah itu. Dan Nabi Muhammad S.A.W adalah pewaris dan pengikut agama Nabi Ibrahim.


Firman Allah;:
(AN NAHLU 16:123) Ertinya; " Kami akan melihat muka engkau terngadah kelangit, maka kami
palingkan engkau kearah kiblat yang engkau suka…..”
Allah telah menunaikan apa yang di kehendaki oleh baginda.


Allah telah menurunkan firman Nya:
(AL BAQARAH 2:144) Ertinya; “ Kami telah melihat muka engkau terngadah kelangit, maka kami palingkan engkau kearah kiblat yang engkau suka…..”

(AL BAQARAH 2:143) Ertinya ; “ Dan kami tidak menjadikan (kamu mengadap) kearah kiblat yang kau hadapkan muka hari ini melainkan Kami ingin tahu siapakah yang mengikut Rasul dan siapa pula yang berpaling tadah tidak mengikutnya.”


Antara amalan-amalan di malam nisfu sya’ban ialah bacaan surah yasin,istiqarah, sembahyang malam, berselawat dan lain amalan yang dilakukan ikhlas kerana Allah.


Akhirnya samalah kita mengambil pengajaran malam nisfu sya’ban dimana Allah mengampunkan dosa setiap hambaNya yang tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu yang lain dan kecuali seorang ada permusuhan dengan saudaranya yang lain.


Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Ibnu Hibban dan sahihnya ada dinyatakan : Tiga golongan yang sembahyang mereka tidak akan diangkat walaupun sekadar sejengkal iaitu lelaki yang mengimankan sembahyang satu kaum sedangkan mereka tidak menyukainya,perempuan yang suaminya tidur dalam keadaan marah kepadanya dan dua orang saudara yang bermusuhan antara satu sama lain.

Sama-samalah kita memperbanyakkan amalan kita dimalam ini dan berpuasa pada keesokkan hari bagi mereka yang mampu

12 AURAT WANITA

1. Bulu kening

Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening -Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng

firman Allah S.W.T

Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Surah An-Nur Ayat 31.

Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng……

3. Wangian

Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada

firman Allah s.w.t

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi

Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya -Hadis Riwayat At-Thabrani,

Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah -Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher

Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu.

Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan

Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja -Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan

Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya -Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata

firman Allah s.w.t

Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram -Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)

firman Allah s.w.t

Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi -Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan

firman Allah S.W.T

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka -(Surah An Nur Ayat 31)

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian

Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.


firman Allah S.W.T

Surah Al Ahzab :59.

Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

hati muda

Dari Abu Hurairah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:”Hati seorang tua tetap muda dalam hal mencintai dua perkara iaitu dalam hal mencintai hidup dan harta benda.”


Kehidupan ini akan menjadi indah jika kita sentiasa bersemangat untuk meneruskan hayat. Dengan perkataan lain apabila semakin tua usia kita, jiwa kita semakin muda. Tetapi muda di sini bukanlah bermaksud menganggap kematian itu masih jauh sehingga tidak kenal erti taubat dan tidak habis-habis melakukan maksiat yang walaupun usia sudah lanjut, ’rumah kata pergi, kubur kata mari’, masih juga bergelumang dengan dosa. Hal yang demikian ini merupakan suatu yang amat merugikan. Oleh sebab itu kita diminta untuk merebut 5 peluang sebelum tiba 5 rintangan iaitu waktu kaya sebelum miskin, waktu senang sebelum sibuk, waktu sihat sebelum sakit, waktu muda sebelum tua dan waktu hidup sebelum mati. Maka sebagai insan yang percayakan kedatangan hari kiamat dan kematian itu akan datang pada bila-bila masa, tidak harus menanamkan kecintaan berlebihan terhadap dunia kerana esok sebenarnya bukanlah satu kenyataan. Bahkan kenyataannya adalah di saat-saat sekarang. Oleh itu jalan yang paling selamat ialah dengan berpegang pada prinsip bahawa seseorang itu harus berusaha (bekerja) seolah-olah dia akan hidup selama-lamanya dan beribadat seolah-olah dia akan mati pada esok hari.”

Sang Tikus dan Sang Singa

Ada seekor tikus yang tinggal di dalam satu lubang.

Lubang itu berada di dalam hutan.Dekat dengan lubang itu, tinggal seekor Singa yang garang. Semua binatang takut dengan Singa itu.

Pada suatu hari, di waktu malam, ketika Singa sedang tidur, tikus itu pun keluar mencari makanan.
Tikus berjalan di dalam gelap.
Tikus tak berapa nampak kerana gelap sangat.
Tiba-tiba, tikus terlanggar sesuatu.
Rupa-rupanya tikus terlanggar Singa.

Singa sangat marah kerana ada yang mengganggu dia tidur.
“Aum, berani kamu kacau aku tidur!, aku akan makan kau.” Kata sang Singa.
Tikus sangat takut.
“Tolong jangan bunuh saya, saya cuma seekor tikus yang kecil. Tuan tak kenyang pun kalau makan saya. Nanti manalah tahu kalau tuan perlukan bantuan satu hari nanti saya akan tolong.” Rayu sang tikus.
“Hahaha… Hahaha… apa yang tikus kecil macam awak ni boleh tolong saya? Hahaha… Saya adalah raja rimba… kenapa saya perlu bantuan awak? Tak pe lah, sebab kan awak ni kelakar, saya lepaskan awak.” Balas Singa sambil ketawa terbahak-bahak.
Beberapa hari kemudian, sedang tikus berjalan-jalan di dalam hutan mencari makanan, tiba-tiba dia terdengar suara Singa mangaum meminta tolong.
“Aum, tolong!, tolong!” jerit singa.
Tikus berlari sekuat hati menuju ke arah suara singa.
Dia ternampak Singa terperangkap di dalam sebuah jaring perangkap yang di pasang oleh pemburu.
Tikus terus menggigit jaring itu sampai putus.“Terima kasih tikus, kerana menyelamatkan saya. Saya tak sangka yang awak boleh tolong saya.” Kata singa.

“Sama-sama.”

#/# : MORAL OF THE STORY..

JANGAN SESEKALI MEMANDANG RENDAH KEPADA ORANG LAIN.. PESANAN KEPADA DIRI...DIRIMU JUGA TIDAK SEMPURNA

Monday, July 12, 2010

Al-Fuzail berhadapan dengan Khalifah Harun ar-Rasyid

al-Fuzail atau namanya yang sebenarnya Abu Ali al-Fuzail bin Iyaz at-Talaqani telah bertaubat daripada seorang ketua perompak yang ditakuti sehinggalah beliau menjadi seorang ahli sufi yang terkenal dengan ketegasannya.

Dipaparkan kisah beliau ketika berhadapan dengan Amirul Mu’minin Harun ar-Rasyid, pemerintah Iraq yang terkenal pada waktu itu sebagai khalifah yang mempunyai perhatian yang sangat tinggi terhadap pengembangan ilmu pengetahuan dan peradaban Islam.

Pada suatu malam, Khalifah Harun ar-Rasyid telah memanggil wazir kesayangannya Fazl Barmesid, salah seorang menteri merangkap menteri peribadinya.

Harun ar-Rasyid berkata kepada Fazl: “Wahai Fazl, malam ini bawa aku kepada seorang yang alim lagi tawadhu‘ yang boleh menunjukkan kepadaku tentang mengenali diri. Aku telah jemu dengan segala pujian, kebesaran dan kemewahan yang menjadi kebanggaanku selama ini.”

“Wahai Amirul Mu’minin, di Iraq ini terdapat sungguh banyak ahli sufi yang terkenal dengan kewarakan dan keilmuannya, yang mana satukah yang tuanku mahu?” Tanya wazir Fazl Barmesid.

“Aku mahukan orang yang dapat menceritakan siapakah sebenarnya diri aku ini. Aku tak mahu tahu siapa dia”, bentak Harun ar-Rasyid.

Mendengar Khalifah Harun ar-Rasyid semakin meninggikan suaranya, wazir Fazl terus mengajak Amirul Mu’minin itu pergi ke rumah seorang alim iaitu Syeikh Sufyan al-Uyaina. Walaupun sudah larut malam Harun ar-Rasyid menggagahi juga mendapatkan Syeikh Sufyan dengan harapan orang alim ini dapat menghuraikan secara terperinci tentang bagaimana mengenali diri. Mereka berdua memberi salam sambil mengetuk pintu dan dari dalam kedengaran suara Sufyan menyahut:

“Wa’alaikumussalam, siapakah itu?

“Aku wazir Fazl Barmesid, bersama aku ialah Amirul Mu’minin”, jawab Fazl.

“Amirul Mu’minin? Mengapakah baginda mahu menyusahkan dirinya! Mengapa tidak diberitahu sahaja kepadaku sehingga aku datang sendiri menemuinya?” Jawab Syeikh Sufyan sambil membuka pintu.

Mendengar ucapan tersebut Harun ar-Rasyid berkata: “Wahai orang alim, engkau bukanlah orang yang kucari selama ini. Engkau pun mengagungkan aku, sama seperti orang lain juga.”

Maka Syeikh Sufyan pun berkata secara jujur: “Wahai Amirul Mu’minin, jika demikian itu kehendakmu, maka Syeikh al-Fuzail adalah orang yang engkau cari, pergilah kepadanya.

Kemudian Syeikh Sufyan membacakan firman Allah Subhanahu Wata’ala:

Tafsirnya: Patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dengan menyamakan keadaan (mereka semua) semasa mereka hidup dan semasa mereka mati? Buruk sungguh apa yang mereka hukumkan itu.
(Surah al-Jathiah:21)

Harun ar-Rasyid mengatakan: “Seandainya aku inginkan pengajaran yang baik nescaya dengan ayat ini saja sudah cukup memadai.

Kemudian pada malam itu juga mereka bergegas ke rumah Syeikh al-Fuzail. Setelah mereka memberi salam dan mengetuk pintu rumah al-Fuzail maka kedengaranlah suara dari dalam bertanya: “Siapakah itu?”

“Aku wazir Fazl Barmesid, datang bersama Amirul Mu’minin,” jawab Fazl.

“Wahai wazir, terus terang aku katakan, di malam buta begini apakah urusannya dengan aku dan apakah urusanku dengan dia?” tanya Fuzail.

“Bukankah suatu kewajiban untuk mematuhi orang yang memegang kuasa?” Tanya wazir lagi.

“Kuasa? Sudah, jangan kamu semua menggangguku,” pinta Fuzail yang pintunya masih belum dibuka.

“Perlukah aku menolak pintu ini dengan kekuasaanku sendiri atau dengan perintah Amirul Mu’minin?” Tanya Fazl.

“Wahai Fazl, janganlah engkau bercakap angkuh, tidak ada sesuatu pun kekuasaan yang boleh memberi kemudharatan kecuali kekuasaan Allah Ta’ala”, jawab Fuzail.

“Jika engkau secara paksa menceroboh masuk ke rumahku, engkau tahu apa yang engkau lakukan, Allah Maha Mengetahui”, al-Fuzail memberi peringatan.

Apabila pintu dibuka secara paksa, Harun ar-Rasyid pun melangkah masuk dan mengham-pirinya. Al-Fuzail serta merta meniup lampu pelitanya sehingga padam agar ia tidak dapat melihat wajah khalifah. Dia berbuat demikian kerana tidak mahu ketegasan yang ada pada dirinya akan menjadi luntur dan terpengaruh lantaran kemasyuran Amirul Mu’minin pada masa itu. Dalam keadaan gelap Harun ar-Rasyid meraba-raba menghulurkan tangannya dan akhirnya disambut oleh al-Fuzail yang kemudiannya berkata:

“Wahai Amirul Mu’minin, betapa lembut dan halusnya tangan tuanku ini semoga tangan ini terhindar daripada api neraka!”

Setelah berkata demikian al-Fuzail lantas berdiri dan berdoa untuk keselamatan Amirul Mu’minin. Harun ar-Rasyid merasa hatinya sangat tersentuh dan tidak dapat menahan tangisannya.

“Katakanlah kepadaku sesuatu dari mulutmu,” pinta Harun ar-Rasyid.

“Dengarlah Amirul Mu’minin”, al-Fuzail memulakan kata-katanya.

“Sebelum ini, bapa saudara Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam pernah meminta kepada baginda: “Jadikanlah aku pemimpin bagi sebahagian umat manusia.” Nabi menjawab: “Wahai bapa saudaraku, untuk sesaat aku pernah mengangkatmu menjadi pemimpin dirimu sendiri.” Dengan jawapan ini yang di-maksudkan Nabi adalah: Sesaat mematuhi Allah adalah lebih baik daripada seribu tahun dipatuhi oleh umat manusia. Kemudian Nabi menambah lagi: “Kepimpinan akan menjadi sumber penyesalan pada hari kebangkitan nanti.”

“Teruskanlah wahai Fuzail”, pinta Harun ar-Rasyid.

“Ketika diangkat menjadi khalifah, Umar Abdul Aziz memanggil Salim bin Abdullah, Raja’ bin Hayat dan Muhammad bin Ka’ab. Umar berkata kepada mereka: “Hatiku sangat gelisah kerana ujian ini. Apakah yang harus kulakukan? Aku tahu bahawa kedudukan yang sangat tinggi ini adalah satu ujian walaupun orang-orang lain menganggapnya sebagai suatu kurnia. Salah seorang di antara ketiga sahabat Umar Abdul Aziz itu berkata: “Jika engkau ingin terlepas daripada hukuman Allah di akhirat nanti, pandanglah setiap Muslim yang lanjut usia sebagai ayahmu sendiri, setiap Muslim yang remaja sebagai saudaramu sendiri, setiap Muslim yang masih kanak-kanak sebagai anakmu sendiri, dan perlakukanlah mereka sebagaimana seharusnya engkau lakukan”, nasihat al-Fuzail.

“Aku takut jika wajahmu yang tampan ini akan terbakar hangus di dalam neraka. Takutilah Allah dan taatilah perintahNya. Berhati-hatilah serta bersikap secara bijaksana, kerana pada Hari Akhirat nanti Allah akan meminta apa yang dipertanggungjawabkan kepadamu sehubungan dengan setiap Muslim dan Dia akan memeriksa apakah engkau telah berlaku adil kepada setiap orang.” Tegas al-Fuzail lagi.

Mendengar kata-kata Al-Fuzail itu Harun ar-Rasyid menangis dan menggeletar ketakutan sehingga hampir jatuh pengsan. Melihat hal ini wazir Fazl menengking kepada Syeikh al-Fuzail:

“Cukup! Cukup! Apakah engkau mahu membunuh pemimpim kaum Muslimin ini?”

“Engkau diamlah Haman! Apa yang engkau tahu tentang ilmu, orang-orang seperti engkau inilah yang telah menjerumuskan diri Amirul Mu’minin ke lembah kehinaan, kemudian engkau katakan aku yang mahu membunuhnya.” Al-Fuzail mempertahankan dirinya.

Mendengar kata-kata al-Fuzail ini tangisan Harun ar-Rasyid semakin kuat sambil berkata kepada wazir Fazl: “Engkau dengar wahai Fazl! Kalau dia memanggil dirimu Haman bererti menyamakan diriku ini dengan Firaun”.

Setelah tangisannya kembali reda, Harun ar-Rashid bertanya kepada Fuzail: “Apakah engkau mempunyai hutang yang belum dijelaskan?

“Ya, hutang kepatuhanku kepada Allah. Seandainya Dia memaksaku untuk menjelaskan hutang itu maka celakalah aku!” Jawab Fuzail.

“Apa yang aku maksudkan ialah hutangmu kepada manusia”, Harun ar-Rashid menegaskan.

“Aku bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakan kepadaku sedemikian banyaknya rezeki sehingga tidak ada keluh kesah yang harus kusampaikan kepada hamba-hambaNya.” Ujar al-Fuzail.

Kemudian Harun ar-Rasyid menaruh sebuah bekas yang berisi seribu dinar di hadapan Fuzail sambil berkata: “Ini adalah wang halal yang diwariskan oleh ibuku.

Tetapi Fuzail mengutuknya lagi: “Wahai Amirul Mu’minin, nasihat yang kusampaikan kepadamu ternyata sia-sia tidak ada faedahnya. Bahkan engkau telah memulakan lagi perbuatan yang salah dan mengulangi kezaliman.

Apakah perbuatan yang salah telah kulakukan?” Tanya Harun ar-Rasyid kehairanan.

Aku menyerumu ke jalan keselamatan tetapi engkau menjerumuskan aku ke dalam godaan. Bukankah hal itu suatu kesalahan? Telah kukatakan kepadamu, kembalikanlah segala sesuatu yang ada padamu kepada pemiliknya yang berhak. Tetapi engkau memberikannya kepada yang bukan haknya. Aku ikhlas memberi nasihat kepadamu tanpa mengenakan sedirham pun”, tegas al-Fuzail.

Setelah berkata demikian, al-Fuzail berdiri dan melemparkan wang-wang emas itu ke tanah sambil dikutip oleh wazir Fazl.

Benar-benar seorang manusia hebat! Sesungguhnya al-Fuzail adalah seorang raja bagi umat manusia.” Harun ar-Rasyid berkata ketika meninggalkan rumah al-Fuzail.

Sudah barang tentu sangat mudah bagi Allah Ta’ala mengampunkan kita semua apabila kita tersedar daripada kesilapan dan kealpaan, daripada kita hidup di dalam kepura-puraan dan sering melakukan kebaikan dengan harapan kita akan menerima suatu ganjaran atau pujian yang menyebabkan diri kita menjadi lalai dengan sandiwara dunia ini.




Jangan Sombong

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
Allah s.w.t berfirman :' kemuliaanialah serban-Ku dan kesombongan ialah sarung-Ku. sesiapa yang menandingi-Ku dalam kedua-dua sifat itu, nescaya Aku akan melemparkannya ke dalam neraka

Wednesday, July 7, 2010

:: Menanti di Barzakh ::


Ku merintih... aku menangis...
Ku meratap... aku mengharap...
Ku meminta... dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Perjalanan hidupku melengkapi sebuah kembara
Singgah dirahim bonda sebelum berangkat ke mahsyar
Diperhitung amalan penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah bewarna merah
Semerah mawar yang juga rimbun
Tujuh langkahpun baru berlalu
Seusai talkin bertambah syahdu
Tenang dan damai dipusaraku
Nisan batu menjadi tugu
Namun tak siapapun tahu resah penantianku

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian
Seakanku dengari tangis mereka yang ku tinggalkan
Kehidupan disini bukan satu khayalan
Tetapi ia sebenar kejadian

Kembali ROH kembali...
Kembalilah ke dalam diri
Sendirian sendiri...
Sendiri bertemankan sepi
Hanya kain putih yang membalut ditubuhku
Terbujur dan kaku jasad didalam keranda kayu

AJAL yang datang dimuka pintu tiada siapa yang diberitahu
Tiada siapapun dapat dicari
Tiada siapa yang terkecuali
Lemah jemari...
Nafas terhenti...
Tidak tergambar sakitnya mati...
Cukup sekali tak sanggup lagi ku mengulangi...

Jantung berdegup kencang
Menantikan malaikat datang
Menggigil ketakutan dalam pekat di pandangan

Selama ini diceritakan
Kini aku merasakan di alam barzakh jasad dikebumikan

Ku merintih... aku menangis...
Ku merata... aku mengharap...
Ku meminta... dihidupkan semula
Agar dapat kembali kedunia nyata.

!!! al-FATIHAH !!!

semalam aq mendapat berita yang kurang baik. selepas solat maghrib kat BISA,jiran aq yg merupakan jiran aq di rumah dan juga kat maktab ni memanggilku di belakang BISA,.Aq terasa aneh seketika..tiba-tiba dia memberitahu yang kawan aku(satu batch kat skulah rendah dulu) yang merupakan junior kat maktab ni telah pun kehilangan ayah petang semalam kerana diserang sakit jantung. aq tersentap seketika..

kenapa arwah mesti pergi terlalu awal..kenape arwah yang begitu baik mesti pergi dulu....??Allah lebih menyayanginya..walaubagaimana baik,ramah, dan sebagainya pun,bila tiba ajalnya,Allah akan tetap berkuasa.bila Allah kata KUN FAYAKUN!!!!!!!!!!maka akan terjadilah apa yang dirancang..

kita yang masih hidup ni,mesti meneruskan kehidupan,terus membuat persiapan menghadapi alam baru..kita tidak tahu bila giliran kita akan sampai waktunya,...

segala yang ada atas muka bumi ini akan ditinggalkan...hanya 3 perkara sahaja yang akan kekal ikut kita sebagai bekalan ke alam kubur iaitu.....

1.ilmu yang bermanfaat yang kita laksanakan,yang kita curahkan sepanjang kita hidup atas muka bumi pinjaman ini
2.anak yang soleh yang telah kita asuh dan didikserta
3.sedekah jariah yang kita bagi kat orang ramai

sama-samalah kepada semua yang menyinggah kat teratak ni menyedekah al-fatihah kepada arwah yang meninggalkan kita semua pada 6/7/10
al-fatihah...

Bila Waktu Tlah Mula Berakhir


salam 1 ukhuwah....

dah hmpir seminggu dah teratak ini xdiisi dengan entry yg baru.kali ini tjuk entry cahayamalam ialah bila waktu telah mula berakhir.ape kena dengan entry kali ni??erm,,..sebenarnya entry xde pape pom..saje2 jer..ana buat tajuk ni sebab beberapa minggu lepas ana menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke-19.dah capai tahap akhir remaja dah ni..xlama lagi bakal memegang title dewasa dah plak..semua orang gembira bila dah jadi dewasa,buat tu buat ni dah xperlukan konkongan orang,boleh buat sesuka hati jer...bila tengok sekali pandang itu sahaja yg kite nampakkan??

bila difikirkan balik,kalau boleh ana xmau pon umur ana meningkat dewasa.tanpa kita sedari setiap tahun tiba jer ulang tahun kita,umur kita meningkat dewasa tapi tempoh hidup,tempoh perjuangan,tempoh kita berada dalam dunia ni dah berkurangan.tempoh umur kita telahpun menjadi pendek. ADAKAH KITA SEDAR YANG KITA SEDANG MENGHAMPIRI MATI???
adakah setiap kali umur meningkat,segala gerak kerja dan amalan kita bertambah atau seperti sedia kala? bila bercakap tentang mati ni, ADAKAH AKU TELAH MEMPERSIAPKAN DIRIKU UNTUK "KE SANA"??? renungan buat diriku yang sering terlupa pada-Nya

ketika mana tarikh 24.06.2010 berkunjung tiba,,sahabat sekeliling membuat ku gembira..hehehe

first of all kredit to my fren fadhli taib sbb mnjadi orang pertama yang wish hepi bufday pada tahun ni..dgn ucapan semoga pnjang umor,murah rezeki n epy selalu ..:-D

-zuraidah abdul-
salam..sanah helwah ya sohabati..smoge dpnjangkan umur n d murahkn rezeki..serta dpermudahkan segla urusan di dunia n akhirat..amiin..smoge b'bhgie slalu..salam! :-)

-wan-
doaku smoga Allah menyinari duniamu & mengiringi setiap langkah ke arah jln yg diredhai & diberi sgla yg terbaik buatmu..selamat hari lahir yg ke-19...

-ena zulkifli-
pandanglah k hadapan utk mngejar kejyaan...tolehlah k belakang utk mngutip mutiara dari peti khazanah smalam.rintngn bukn satu penghalang,ttp sbgai btu loncatan utk mncapai kejyaan..slamat blaja!:-)hepi birthday,bada....

-husna afandi-
'sanah helwa bada!!!"moge umur baru inimnjadi titik tolak kepada yg lebih baik"..ukhuwah fillah sygku

-kak tikah-
"hari2 sepanjang khidupan bukan selamanya diiringi episod suka dan ketawa,krana syurga terlalunahal utk orang yg hidup smbil lewa di dnia..apatah lagi yg mncintai dunia yg semntra..syurga e2 hadiah buatmereka yg bersusah pyah menunaikan amanah,walaupun sukar dan perit,perjuanan ttp perlu dteruskn..biar rebah tersungkur,biar luka berdarah,kita hrus teruskan juga..krana itu adalh tggungjwab kita sebagai khalifah"...(".)
sanah helwah ya badriah.moga dipnjangkan umo dan dmurahkan rezeki..snyum sokmo.=)

-bashira-
"ya ukhti,ku kenalimu melalui 1 PERJUANGNA.kumemahamimu melalui 1 TARBIYYAH. kumengingatimu melalui 1 KENANGAN. kumenyayangimu melalui 1 UKHUWAH. perjuangan itu penuh kepahitan tapi manisnyattp mekar kerana diulit bersama kehadiran insan juang sptmu..semuanya KERANA ALLAH & UNTUK ALLAH"
sanah helwa bda..smga kbrkatan,krdhaan n kbhgiaan sntiase mnemani dtik2 yg tersisa...:-)

- kak aisyah-
Nilai UKHUWAH itu terlalu AGUNG utk d singkirkan dalam hidup manusia. Dalam TAWA ada DUKA,dlm BENCI terselit KASIH SAYANGyg ABADI,keindahan dalm PERHUBUNGAN sukar utk dgambarkan walau kdang kala terjadi SENGKETA,TANGIS& TAWA krna tidak semua insan dapt memahami erti PERSAUDARAAN..& jika ku masih ounya waktu,inginku menjadi Saudaramu SELAMANYA....
salam rindu nsyang...ukhuwah fillah..;-).hepy 19th besday.moga panjag unur dn smkin matang dalam tindakan.smoga dkurniakan kchatan tka trus berjuang sbgai srikandi di muka bumi ini

-kak huda-
Life is a mixture of....
Khabi Kushi Kabhi Gham(sometimes happiness,sometimes sadness)
When it's time to say goodbye...Na Tum Jano Na Hum (neither you know nor i)
so lets have Masti (fun)
who knows Kal Ho Na Ho (if there is a tomorrow or not)
when you need Dosti (friend)
Main Ho Na (i'm here)..(",)
hepi belated bufday adkku,moga adk bhgia slalu n dapt rhmat ALLAh.luv u ukhti

last skali ana nk kredit kan kat smua kawan2 yang sentiasa mndoakan kebahagiaan bersama..
kredit juga kepada my fren hafizah shaari dan hafizi,maaf xdpat nk paparkan msej kalian..sebab hehehe....
dan juga kpd kak ti-a,thank alots...
kepada semua kawan2 di atas,trima ksih byk2 krana sudi mympaikan kata2 semangt tersebut..smoga dengan kata2 itu,akan membuatkan diri ini lebih bersemangat utk memulakan sem baru.
syukran,thank you n terima kasih kepada kalian semua..=)
lov u all..