Tuesday, November 23, 2010

................



Alhamdulillah

Kerana semalam..

kau dan aku ditakdirkan berjumpa

kau dan aku telah diketemukan

kau dan aku dijodohkan

menjadi sahabat bersama

Terima kasih

kerana semalam…

kau sudi berada disisiku

kau setia meminjamkan bahumu padaku

kau memberikan semangat padaku

kau banyak membantuku


Bersyukur

kerana semalam…

kau masih setia disampingku

kau dan aku berpeluang sama-sama

bergelak tawa berduka lara berlawak jenaka

kerana semalam…

aku diukuhuwahkan sama kamu..



Maaf..

Jika hingga ke saat hari ini…

Aku telah menyusahkan hidupmu

Aku telah membuatkan kerisauan melanda jiwamu

Aku telah mengganggu ketenteraman hidupmu

Aku telah mengucar kacirkan perjalananmu

Aku telah menambahkan kegelisahan dihatimu


Maafkan jika aku telah melukakan hati kecilmu

Maafkan jika aku telah mengguriskan perasaanmu

Maafkan jika sikapku membuatkan kau tidak selesa

Maafkan jika aku menjadi biadap tika bersamamu

Maafkan segala kesalahanku padamu..


Ku harapkan semalam akan berterusan sampai bila-bila

Ku harapkan semalam bukan hanya kenangan semalam

Ku harapkan semalam akan terus berada di depan..

Ku harapkan semalam Terus menemaniku Di masa akan datang..

ku harapkan segala kesilapanku tidak akan diulangi utk waktu2 yg mendatang.

p/s >> khas buat anda2 yg berada dihatiku..


buat semua di bawah..anda2 sedang dirindui oleh insan berpenakan

Lukisan Alam ((..hakhak..))

2 comments:

muRaBbi s0LehaH..^_^ said...

miss u to0...!!!
kngn 2mggu=kngn trindah..hu3...
syukran krn sudi mjdi temanku..shabtku....=)

Lukisan Alam said...

(>.<)...