satu malam di majlis kenduri,ramai sanak saudara datang ke rumah untuk memeriahkan majlis. Rasa gembira dan ceria pabila semua orang dapat berkumpul ramai-ramai.. Rumah menjadi riuh rendah dengan pelbagai kerenah dan ceritera dari setiap orang yang hadir dan masing2 berselerak di setiap pelusok rumah.
Semasa si cahayamalam ni tengah meratah makanan di bahagian dapur,tiba-tiba muncul la atuk kesayangan ramai dalam rumah itu yang digelar Tok Ayah. sedang asyik duk meratah,tok ayah yg dari tadi lalu,asyik memerhatikan gerak kerja tersebut lalu mendekati dan terjadi la sedikit perbualan pendek tapi sangat berguna sebagai peringatan semasa
tok ayah : sape dah name kamu?tok ayah lupe la..rama sangat cucu ni..mata pun dah rabun..
C.M : kita la ni tok ayah .......
tok ayah : ooooh...kamu rupenya,maaf la tok ayah ni slalu bertukar kamu ni dgn yang lain..kamu belajar kat mana sekarang?
C.M : kita belajar kat melaka sekarang ni tok ayah..
tok ayah : kamu duk tempat orang tu,jga dari molek la..jaga enjin tu leklok..
C.M :....dlm hati...(enjin ape plak tok ayah ni,,,blur..jdi pending tetiber time ni..ful dengn mknn agaknya..
tok ayah mnruskan lagi kata2nya...
tok ayah kata jagalah enjin molek-molek semasa berada diperantauan tu.kamu kena ingat,Allah selalu tengok apa saje yang kita buat.kamu nk malu dgn manusia sekeliling xde guna,kalau kat Tuhan kamu xmalu. Tok ayah menganalogikan enjin yang dimksudkan bagaikan enjin sebuah kereta. cuba bayangkan enjin kereta yang tidak dijaga dengan baik,sudah semestinya kereta tu akan rosakkan..begitu jugaklah dengan kita ni manusia tambah2 lagi perempuan. Ramai remaja perempuan hari ini sudah rosak,sebabnya kenapa??
sebabnya xjaga enjin molek-molek la,,..ingat sikit sape kite ni sebenarnya...kita hidup atas dunia semuanya atas dasar pinjaman. Allah bagi kita pinjam badan dengan baik dan sempurna tapi xkan kita nk pulang dengan keadaan yang rosak??siapa kita nk merosakkan semua pinjaman ni??
Tuhan bagi kita akal untk kita berfikir dengn sewarasnya.Tuhan buat dah jalan hidup yang baik dan molek,knape kita nk pilih jalan songsang dan merosakkan diri plak??sedar tak kita ni??cuba tengok kat lua sana,betapa ramainye anak2 luar nikah..bayi2 plak macam barang permainan dibuang sana sinun. tu la padahnya bila nafsu yang menjadi turutan..iman plak jauh dah buang kat sungai..
Jaga enjin tu molek,ingat molek yang penting iman kita ni kena jaga sangat2..bila iman dah rosak,habis punah ranah la enjin...dah xberguna lagi dah..nasi jadi bubur dah..jangan mudah sangt nak terpangaruh dengn benda2 yang merosakkn diri ni,,duk tempat orang ni,,kna kuat diri untuk ingat kat Tuhan,insyaAllah Allah akan tolang sama2 utk jga diri..
C.M : ..(hanya mampu untk mengangguk dan mengiyakan saja apa yg di perkatakan oleh tok ayah..)
No comments:
Post a Comment