salam perjuangan kepada semua kaki2 bloger terutama yg sudi untuk melawat teratak usang ni..Alhamdulillah,bersyukur kepada Yang Maha Esa kerana dapat lagi diberi peluang untuk jari jemari ini berdansa di atas keyboard komputer riba yang menjadi teman setia di kala membuat tugasan2 kuliah...
alhamdulillah lagi sekali kerana hari ini dapatku memulakan kehidupan dengan melaksanakan tanggungjawab bersama..tanggungjawab ape ni..tanggungjawab sebagai hamba kerdil terhadap Tuannya. Pagi tadi berjaya pergi ke Balai Islam Saidatina Aisyah,bersama-sama adik2 junior baru yang baru mendaftarkan diri di institut ini melaksanakan solat berjemaah subuh.
sejak semalam mata tidak dapat nak dilelapkan,sebabnya pada petang tersebut mendapat berita yang guru pelatih dalam kelas ada yang tidak lulus peperiksaan semester seramai tujuh orang. Punya la xsenang duduk bila memikirkan hal tersebut.setiap saat dan ketika perkara tersebut akan difikirkan.ku merasakan kelasku merupakan kelas yg membuatkan keputusan peperiksaan rosak teruk.
selesai melaksanakan tugas di BISA, kaki diayun untuk melangkah pulang ke asrama untuk bersiap ke kelas pada pagi tersebut. hajat di hati sebelum pergi ke kelas,ingin ku ke bilik UPP dimana bilik tersebut yang akan menjadi tumpuan apabila ada sahaja perkara yang berkaitan dengan peperiksaan. hati ku berdebar-debar untuk mengetahui siapakah 7 insan yang dikatakan tidak lulus tu,,..
kaki dilangkah dengan berhati-hati disertai dengan dengupan jantung yang terumbang-ambing...
pintu bilik UPP dikuakkan dan guru yang bertugas pada waktu itu dicari dengan penuh gementar. salam yang diberikan disambut dengan ceria.tanpa membuang masa,tujuan utama ke situ diutarakan.
CM : Assalamualaikum,
UPP : waalaikummussalam.ade boleh saya bantu?
CM : saya dari unit Pengajian Agama ingin bertanya senarai nama pelajar kelas kami yang tidak lulus peperiksaan baru-baru ini.
UPP : dari unit awak tiada yang tidak lulus,semuanya lulus.kejap yer,saya nak bacakan nama yang akan ambil ujian ulangan ...
berdasarkan nama yang disebut,tiada pun nama pelajar kelas p.a.
CM :(dalam hati ni tidak puas hati lagi sebab xpercaya lagi dan berusaha untuk mendapatkan kepastian)
tapi saya mendapat berita yang pelajar kelas kami ada 7 orang yang tidak lulus.
UPP : awak pelajar pengajian agama kan? 7 orang yang kena ulangan tu bukan dari kelas kamu,tapi dari kelas P.I iaitu kelas pendidikan inggeris.
UPP : awak pelajar pengajian agama kan? 7 orang yang kena ulangan tu bukan dari kelas kamu,tapi dari kelas P.I iaitu kelas pendidikan inggeris.
CM : (apabila orang UPP berkata seperti itu, terasa nak sujud jer dekat situ kerana syukur sangat semua pelajar kelas kami xkena ambil ujian ulangan 12 hb 7 ni..)ooo...yeke,,erm,k xpe la puan.terima kasih yer
kaki diayun dengan penuh gembira dan teruja dengan berita yang baru diterima sebentar tadi ke kelas..apabila berita itu telah disampaikan kepada semua penghuni dalam kelas p.a tu..semua berasa lega..
sebelum keputusan ni keluar,kami sentiasa berdoa kepada Nya supaya pelajar kelas kami semuanya lulus.dan hari ini,berita ini telah membuatkan doa kami semua dimakbulkan oleh Nya.
dari peristiwa ini,sedar la kita semua yang Allah tidak akan sesekali akan melupakan kita jika kita ingat kat Dia.jadi kesimpulan pendeknya,dalam membuatkan sesuatu perkara, jangan lupa untuk berserah dan meminta pertolongan dari Nya.kalau semua itu bukan ketentuan Nya,ia tidak akan terjadi.
ingatlah yang kita hanya mampu untuk merancang,tapi segala-galanya ditentukan oleh Nya.
wallahua'lam
nota tangan][ = jangan mudah menyerah pada takdir sahaja segala sesuatu,usaha dan doa perlu disertakan bersama seterusnya baru dapat kita berserah kepada Nya dan terus beristiqomah dengan amalan yang dilaksanakan
No comments:
Post a Comment