Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat
yang khusus sewaktu berdiri.
Qunut nazilah merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat
dibaca dalam solat mengikut mazhab syafie selain qunut dalam solat subuh
dan qunut pada separuh malam kedua terakhir dalam solat witir di bulan
Ramadhan.
Qunut nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana
atau ditimpa musibah seperti ketakutan, ditimpa wabak, diserang belalang
dan sebagainya. Qunut ini tidak dibacakan jika umat Islam tidak didatangi
dengan cubaan-cubaan seperti ini.
Bacaan Qunut Nazilah di zaman Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam
Qunut ini pernah dibacakan oleh Rasulullah ketika kejadian pembunuhan
beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan maksud hadis
berikut :
Maksudnya: Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut
pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabatsahabatnya
penghafaz-penghafaz al-Quran.
-Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim-
Tatacara Bacaan Qunut Nazilah
1. Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jika
kedatangan bala atau sebarang cubaan dari Allah SWT.
Dari Abi Hurairah radhiyallahu `anhu beliau berkata : "Demi
Allah, sesungguhnya aku akan mendekatkan kamu cara solat Rasulullah
S.A.W. Maka Abu Hurairah melakukan qunut pada solat Zuhur, Isya' dan
Subuh. Beliau mendoakan kebaikan untuk kaum mukminin dan
memintakan laknat ke atas orang-orang kafir".
Maksudnya: Abu Hurairah radhiyallahu `anhu meriwayatkan bahawa
sesungguhnya Nabi S.A.W tidak membaca qunut melainkan apabila beliau
berdoa untuk kebaikan seseorang atau mendoakan kehancuran seseorang.
Apabila baginda berkata: "sami'allahu liman hamidah" Baginda berkata
“Rabbana lakalhamd dan Baginda S.A.W membaca doa”.
2. Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat
terakhir.
Diceritakan kepada kami Asim berkata, aku bertanya pada Anas bin Malik
tentang qunut, lalu dia berkata sememangnya qunut itu ada. Aku berkata
samada sebelum rukuk atau selepasnya, Anas berkata selepas rukuk. Aku
berkata lagi, sesungguhnya seseorang telah mengkhabarkan kepadaku
bahawa engkau memberitahunya selepas rukuk. Anas berkata dia
berdusta, sesungguhnya Rasulullah S.A.W membaca qunut selepas rukuk
selama sebulan dan diperlihatkannya ketika mengutus satu kaum yang
dikatakan mereka itu baik bacaannya seramai 70 orang kepada kaum
mushrikin yang telah melakukan perjanjian dengan Rasulullah S.A.W
(mengikut riwayat hadis yang lain, 70 orang al-qura’ yang diutuskan oleh
Rasulullah tersebut telah dibunuh). Lalu baginda berqunut selama
sebulan mendoakan kecelakaan ke atas mereka.
3. Lafaz doa qunut nazilah adalah seperti berikut:
Maksudnya “ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan
Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari
Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami
memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak
mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka
kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami
bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas,
kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana
azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah
segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara
kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka
kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah
Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami
dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya
melainkan Engkau, ya Allah.”
4. Sunat ditambah bacaan doa ini selepas bacaan qunut harian.
5. Disunatkan kepada Imam untuk membacanya secara kuat dan
diaminkan oleh makmum dalam solat yang berjemaah.
6. Sebagai peringatan, qunut nazilah hanya dibacakan apabila manusia
ditimpa sesuatu musibah. Maka, solat fardhu selain solat subuh tidak
dibaca qunut melainkan jika berlaku sesuatu perkara buruk
berdasarkan maksud hadis:
Maksudnya: Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa
qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan
sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.
-Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim
No comments:
Post a Comment