Tuesday, November 30, 2010

BANGLO KUNING


Dalam ketika hujan sedang membasahi bumi di luar rumah..

Suddenly hati ku…

Rindu pada BANGLO itu..

BANGLO??hahaha..yer BANGLO itu..

Yg punya banyak kisah mula tercipta..

Banyak kenangan mula terakam indah..

Disitulah ikatan ukhuwah tercantum erat..

BANGLO ….BANGLO

tu la BANGLO tu...

p/s :tibe-tibe…

Monday, November 29, 2010

petua for RIAK

Bila cuti sekolah ni bermula,maka berakhirlah sudah pembelajaran di semester ke-3 dlm program persediaan..bila tengah asyik membelek nota2 yg ada dalam lappy ni..terbuka nota subjek akhlak..hari tu dalam kelas AI 31 semasa di institut,bersama ustazah Fatimah mempelajari topik RIAK..hasil perbincangan dan perbentangan yg telah berlangsung..ini adalah sedikit perkongsian...

Petua untuk mengelak RIAK

Jika Engkau Bertemu Dengan Seseorang

Maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkanlah dalam hatimu
"Mungkin kedudukannya disisi Allah jauh lebihbaik dan lebih tinggi dariku"


Jika Engkau Bertemu Dengan Anak Kecil

Maka ucapkanlah dalam hatimu
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah,sedangkan diriku telah banyak
bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini lebih baik dariku"

Jika Engkau Bertemu Dengan Orang tua

Maka ucapkanlah dalam hatimu
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lamadariku, tentu dia lebih baik dariku"


Jika Engkau Bertemu Dengan Orang Yang Berilmu

Maka ucapkanlah dalam hatimu
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akanpernah ku capai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dialebih baik dariku"

Jika Engkau Bertemu Dengan Seorang Yang Bodoh

Maka katakanlah dalam hatimu
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana diabodoh (tidak tahu) sedangkan aku bermaksiatkepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Danaku tidak tahu bagaimana akhir umurku danumurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku"

Jika Engkau Bertemu Dengan Orang Kafir

Maka katakanlah dalam hatimu
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak,mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam danberamal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usiadiriku kufur dan berbuat buruk"

Sabda Nabi s.a.w

Nabi s.a.w : Mahukah kalian aku memberitahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajjal?

Sahabat jawab : Tentu

Nabi s.a.w : syirik yang tersembunyi ini apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya kerana melihat seseorang sedang memandangnya

( Hadis riwayah Ibnu Majah )



p/s : semoga kite semua dijauhkan dari penyakit hati terbabit..amin..

TULUS dan SUCI


Tersentuh Dua Sahabat Mementingkan Diri Org lain.


Sahabat A m'minta tolong Sahabat B.

Sahabat B ikhlas menolong.


Maka Siap Kerja yg di tolong.


Sahabat A beri Wang sebagai Penghargaan


Sahabat B Tolak,katanya IKHLAS


Maka,Sahabat A kata,baiklah : ini SEDEKAH buat mu.

Sahabat A,B berkeras m'pertahankn akn IKHLAS&SEDEKAH msg2.


Akhirnya,Sahabat A m'dpt PAHALA ats SEDEKAH

&

sAHABAT B m'dpt balasan ats pertolongannya.



Sunday, November 28, 2010

Lukisan Alam


Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
-Begitu aturan Tuhan-


Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai


Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealfaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya


Usah mengharapkan ke segalanya
Dalam perjuangan penuh pengorbanan

Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
-Begitu ajaran Tuhan-


Hasbiallah, Hasbunallah
HasbiRabbi jalallahu Ya Allah

Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar

Di dalam jiwamu itu






p/s ::> special buat diri sendiri tp kalau tatapan umum pon boleh juga,,=))

untuk mendengar sila tekan sini

babaya vs papaya


Dua minggu sudah berlalu..bermulanya cuti persekolahan… begitu banyak sekali perancangan yang telah dirancang untuk diisi sepanjang cuti..nak buat tu nak buat ni..tapi sehingga detik ini..perancangan tersebut masih belum terlaksana..n sehingga saat ini menjadi baby sitter seperti tahun2 sudah bersama adik2 tersayang..herm…tu lah..kita hanya merancang,tapi Allah yang menentukan segalanya. Sesungguhnya Allah lah Pencatur yg terbaik..mungkin ada yg lebih baik tersedia dari apa yg telah dirancangkan..

Post kali ni untuk tatapan umum..hehehe..sape la yg umum2 nk tatap post ni..huhuuhu

Entry kali ni berkaitan dgn betik ..macam tajuk di atas,babaya dan papaya equal to betik......sepanjang cuti ni, betik selalu menjadi hidangan bersama ketika makan..erm..pencuci mulut-betik..minuman-jus betik..bangun tidur jer..nampak betik..nak tidur pon betikzzzzzz..hahaha..ade ke sampai macam tu sekali..dasyat betul..hehehe

Sebenar-benarnya betik ni banyak khasiatnya,,..tmbah2 lagi buat sesaper yg selalu menghadapi sembelit..ia sangat la bagus untuk melawaskan perut

Antara khasiat2 lain betik ialah…

Jeng--- jeng--- jeng ......

Bagi Buah Betik


Selain mengandungi kalium dan magnesium yang sangat tinggi, buah ini juga kaya dengan karotena, vitamin C, dan flavonoid, sehingga dapat berfungsi memecahkan serat makanan sisa, sehingga mudah kita untuk membuang air besar. Jika dimakan segar secara rutin, buah betik sangat bermanfaat untuk mengubati usus yang luka dan mengurangkan panas tubuh ketika deman.
Bagi Daun Betik


Bagi yang suka,
xsuka xpayah bace yer.. daun betik sangat enak dibuat sayur dan ulam. Memang rasanya agak pahit tetapi tengok saja manfaatnya yang luar biasa, seperti mengubati malaria, sakit perut dan kurang nafsu makan..sape2 nk kuruskan badan..bleh jgak amalkan ni..nge~~~

Caranya: Ambil daun betik segar sebanyak 1-2 tapak tangan, garam sedikit, dan air suam 1/2 cawan. Campuran ini dipipis atau dikisar, lalu diperah dan diambil airnya. Diminum sehari satu sehingga tiga hari berturut-turut. Kandungan papain dalam daun juga amat berkesan untuk melembutkan daging. Masyarakt Mexico menggunakan daun betik bukan sahaja untuk melembutkan daging, tetapi juga dijadikan ubat untuk asma dan masalah jantung. Bagaimanapun jika penggunaan daun terlalu banyak ia boleh jadi berbahaya kerana ia boleh menghasilkan toksik…jgn terlebih suda



Bagi Biji Betik


Dikatakan amat berkesan untuk megubati masalah cacing dalam perut.

Caranya: Jemur biji betik hingga kering, lalu tumbuk hingga halus. Ambil serbuk ini sebanyak 10 gram dan didihkan bersama 150ml air, sehingga tinggal kira-kira 75 ml. Minum sekali gus 2 jam sebelum makan malam.tika ni..arap kena sabar dulu


Bagi Getah dan akar Betik

Dapat mengubati sakit saluran kencing, masalah cacingan, bahkan digigit ular berbisa. Untuk ubat cacing,gunakan akar betik kering sebanyak 10 gram, bawang putih 1 gram, dan 100 ml air. Semua bahan dipotong-potong, kemudian didihkan dengan air selama 15 minit, baru disaring. Bila perlu, tambahkan air matang sehingga diperoleh hasil saringan 75 ml. Bahagikan kepada tiga bahagian (25 ml) sekali minum.



hasil terjahanan pokok betik belakang ,kiri,kanan rumah..nge~~~~

akhirnya terhidang lazat dalam sebuah pinggan


lepas ni dijemput la sape2 yang lalu belalang kat sini untuk tanam pokok betik ni..xsusah pom..tapi kalu malas sangat nak tanam tu beli jer kat kedai..tapi AWAS!! anda disarankan untuk menanam..save la budget duit sikit...bleh sihatkan tubuh badan ape bila bertani...samapai disini dulu..Selamat mencuba!!


BERTANI SATU IBADAH




Friday, November 26, 2010

=/...??


Yang jauh di mata..

Dekat dihati..

Yang dekat dimata..

Kenapa jauh di hati????

Wednesday, November 24, 2010

rabitah HATI

Sesungguhnya engkau tahu
Bahawa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naugan cintamu
bertemu dalam ketaatan bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

kuatkanlah ikatannya kekalkanlah cintannya
tunjukkilah jalan2nya terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
ya Rabbi bimbinglah kami

lapanglah dada kami dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padamu
hidupkan dengan makrifatmu
matikan dalam syahid di jalanmu
engkaulah pelindung dan pembela

kuatkanlah ikatannya kekalkanlah cintannya
tunjukkilah jalan2nya terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
ya Rabbi bimbinglah kami

Tuesday, November 23, 2010

................



Alhamdulillah

Kerana semalam..

kau dan aku ditakdirkan berjumpa

kau dan aku telah diketemukan

kau dan aku dijodohkan

menjadi sahabat bersama

Terima kasih

kerana semalam…

kau sudi berada disisiku

kau setia meminjamkan bahumu padaku

kau memberikan semangat padaku

kau banyak membantuku


Bersyukur

kerana semalam…

kau masih setia disampingku

kau dan aku berpeluang sama-sama

bergelak tawa berduka lara berlawak jenaka

kerana semalam…

aku diukuhuwahkan sama kamu..



Maaf..

Jika hingga ke saat hari ini…

Aku telah menyusahkan hidupmu

Aku telah membuatkan kerisauan melanda jiwamu

Aku telah mengganggu ketenteraman hidupmu

Aku telah mengucar kacirkan perjalananmu

Aku telah menambahkan kegelisahan dihatimu


Maafkan jika aku telah melukakan hati kecilmu

Maafkan jika aku telah mengguriskan perasaanmu

Maafkan jika sikapku membuatkan kau tidak selesa

Maafkan jika aku menjadi biadap tika bersamamu

Maafkan segala kesalahanku padamu..


Ku harapkan semalam akan berterusan sampai bila-bila

Ku harapkan semalam bukan hanya kenangan semalam

Ku harapkan semalam akan terus berada di depan..

Ku harapkan semalam Terus menemaniku Di masa akan datang..

ku harapkan segala kesilapanku tidak akan diulangi utk waktu2 yg mendatang.

p/s >> khas buat anda2 yg berada dihatiku..


buat semua di bawah..anda2 sedang dirindui oleh insan berpenakan

Lukisan Alam ((..hakhak..))

kenapa.............SEBAB...

Kenapa siang berlabuh pergi??

Sebab malam sedang menanti…

Kenapa ada matahari??

Sebab nak kasi bumi cahya mentari..

Kenapa hari ni hujan??

Sebab untuk menyuburkan bumi..

Kenapa ada tumbuhan??

Sebab nak hasilkan oksigen..

Sebab utk memberi kesejahteraan pada bumi

Kenapa wujud kesempitan??

Supaya menghargai saat kelapangan..

Kenapa perlu ada kejatuhan??

Supaya menghargai saat kebangkitan..

Kenapa perlu ada kematian??

Supaya menghargai suatu kehidupan..

Supaya mengerti dunia hanya satu persinggahan..

Kenapa perlu kedukaan??

Sebab hidup xselalu penuh kegembiraan..

Kenapa perlu tangisan??

Sebab hidup bukan saja utk bergelak ketawa

Kenapa ada perpisahan??

Supaya menghargai suatu pertemuan..

Supaya menghargai saat bersama..

Supaya belajar erti kerinduan..

Kenapakah aku diciptakan??

Untuk beribadat kepada Nya

Untuk menjadi khalifah bagi memakmurkan bumi Tuhan

Tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia

HATImu..


"Carilah hatimu pada tiga tempat.

Cari hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran.

Jika kau idak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat.

Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati.

Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru

kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!".



Imam Al-Ghazali

Wish u Luck dear!!


Dedikasi khas ila my younger sister Siti Mastura binti Mohd Yusoff

Hari ini..selasa..23/11/10

Peperiksaan SPM akan mula membuka tirai..

Buat adindaku yg akn mula exam ..

Ku mendoakan supaya kamu dipermudah serta diberi kelapangan

utk menjawab semua soalan..

exam kali ni sekitar raye korban..

beraya…exam..

exam..beraya..((hahahahak))

raye ngn daging dah lepas dah..

skrang raya ngn buku plak..

setahun telah diberikan..utk anda buat persiapan

persiapan??..bersiap utk berperang…

berperang dgn soalan2..

soalan yg menntukan anda akan berada dimana selepas ini..

semoga impian anda untuk mengikut jejak langkahku akan berjaya…amin..

ingat!!..bace buku,,baca jugak..

tp jgn lupa pada Dia..

Dia yg berkuase menentukan segalanya..

Ingat!!

JANGAN lupa pada Dia

Rajin2 la bangun malam okesh!!

Bukan sekadar bangun study,

Ambil la peluang utk bersama Nya sekejap..

Mungkin di situ anda akan ketemui sesuatu yg xdijangka..

Semoga anda menemui Cahayamalam…

cahaya yang diberikan khas utk mu dari Nya…

Semoga hati anda akan sentiase tersuluh dgn cahaya itu..

<>

<>

<>

<>

Akhir sekali…diminta utk anda berDUIT…

((DOA+USAHA+ISTIQAMAH+TAWAKAL))

SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN SPM

BITAUFIQ WANNAJAH

ALL THE BEST 4 da EXAM

CHAIYOK!!!GAMBATE!!!!



U CAN DO IT DEAR!!!


P/S: JANGAN LUPA BACA DOA DULU SEBELUM JAWAB EXAM..SELAWAT BANYAK2 OKESH..

INGAT APE UMMI PESAN..

LOV U DEAR!!WISH U LUCK!!


-gud luck jugak buat semua calon2 spm10-

Thursday, November 18, 2010

kaf ba ra kaf alif ta nun

Keberkatan Masa



Untuk pastikan kita punya keberkatan dalam menghabiskan masa,reflek diri kembali sejauh mana kita melakukan perkara tersebut dengan ikhlas dan terbaik..

1. Dalam melaksanakan solat terutama

solat 5 waktu

2. Dalam melakukan amal kebaikan

3. Dalam membaca al-quran

4. Dalam berusaha bangun pagi

untuk bertahajud

Demi masa...
Sesungguhnya manusia dalam kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
BerNasihat kepada kebenaran dan kesabaran


SELAMAT AIDIL ADHA 1431H



Saat berderai jatuh titisan air mata suci IBRAHIM,melihatkan keteguhan iman anaknya ISMAIL,dikala itulah bermulanya sejarah agung erti sebuah pengorbanan

Bersyukur kepada Nya..Alhamdulillah,hari ini masih lagi diberi kesempatan untuk menyambut kehadiran eidul adha bagi tahun 1431h. masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan salam hari raya haji/korban/eidul adha dan seumpamanya bagi seluruh umat islam yg berada serata pelosok dunia..

Sedikit peringatan..

Pengorbanan kita xsetanding nabi Ismail,perjuangan kita xsehangat Rasulullah,namun teruskanlah perjuangan untuk tinggikan ISLAM kerana masih ada nilai disisi Allah..

Hari ni seperti raye sebelum2 ni,,kita digalakkan utk buat perkara2 sunat..contohnya mandi sunat hri raya eidul adha..herm..air pagi yg begitu sejuk d kg,,mnyengat sehingga ke tulang..huhuhu,sejuk bangat..lepas tu bersiap2 utk menunaikan solat sunat hari raye…solat sunat kali ni pom seperti biase jga,menunaikan solat hari raye bersama ayahanda tercinta yg menjadi imam di sebuah baiti jannati..

Raye kali ni kurang lengkap seorang,sbb da oldest bro xdapat utk pulang ke kg di ats sbb bberapa kekangan..buat abg long tersayang,selamat hari raya adikmu ucapkan..maafkan andai adikmu ni terlebih nakal dgn dirimu..hihihihi..biase kalu long balik,long yg akn bace khutbah..tapi kali ni,abah terpaksa bace khutbah sndiri..erm..usai solat sunat,abah ambil teks khutbah n bersedia utk bacaan khutbah di sebuah ruang yg tersedia sambil memegang kayu azimat..b4 bace,abah dh pesan awal2….walaupun abah bace gagap sdikit,nmun intipati yg ingin disampaikan mencapai maksud itu sangat mencukupi..

Ni adalah Antara banyak2 pengisian khutbah yg disampaikan oleh ayahanda ;

1.biase kite pernah dengar terlajak perahu boleh diundur terlajak kata badan

binasa,kali ni dapat perumpamaan baru…terlajak langkah boleh di undur,tapi kalau terlajak umur..tiade dapat diundurkan lgi..

Memang,,umur yg dah terlanjur,xkan dapat diundur lagi.tp selagi kite masih punya nafas utk hidup,masih belum terlambat untuk kite mengambil kesempatan untuk melakukan taubat kepada Nya..orang kata kalau sakit,tu kafarah penghapus dosa..erm..setuju,betul..tapi awas!!itu hanya untuk dosa kecil sahaja..dosa besar hanya boleh ditebus dengan melakukan taubat..taubat nasuha…..

Taubat yang bukan sekadar datang dan hadir hanya dimulut..aku taubat dah..xnk buat buat bnda tu..xnk buat benda ni…tpi bila dh lama berlalu buat balik.. taubat nasuha merupakan taubat yg eklas..taubat yg betul2,,taubat yg tidak main2..taubat ni merupakan sesalan..sesalan yg datang dari hati..menyesal akan perbuatan yg telah dilakukan..berusaha dan berjanji untuk tidak melakukan perbuatan tersebut lagi..

2. dalam kehidupan seharian kite..Allah dah tetapkan amalan2 yg wajib bagi kullu muslimin wa muslimat,mu’minin wa mu’minat utk dilakukan…kalu xbuat pasti berdosakan..herm..sepanjang amalan wajib y dilakukan,di doa dan harapkan amalan kite diterima..tapi dalam setiap amalan wajib tersebut,kita yg merupakan insan biase pasti ade kobocoran dalam amalan tersebut..jadi utk menampung segala kebocoran yg berlaku.,.kita disarankan utk membuat seberapa banyak amalan2 sunat.

Imam ghazali sendiri pom yg mana merupakan seorang ulama’, tok guru,tok imam besar juga menghadapi kebocoran dalam solat.pernahasatu hari dia bertanya kepada ibunya kenapakah adiknya ahmad xmahu menjadi makmumnya di masjid sedangkan sebagaimana yg kite thu imam ghazali ni merupakan orang yg hebat dalam ilmu agama..ibunya bertanya kepada adiknya utk mengetahui perkara yg sebenarnya..akhirnya adiknya memberitahu bawaha semasa dia pernah menjadi makmum kepada abangnya,dia Nampak seluruh badan abangnya dari kepala ke kaki penuh berlumuran dengan darah..selepasibunya memberitahu kepada nya.akhirnya imam ghazali pun mengiyakan.imam ghazali mengaku sebab pada ketika itu beliau sedang memikirkan tentang permasalahan haid sehinggakan terbawa2 ke dalam solat…..orang hebat seperti imam ghazali sendiri pom mengalami kebocoran dalam solat,kite yg hanaya menusia biase ni lagi la banyak alamin kebocoran..terutama dalam solat..setiap kali solat jer,banyak bnda bermain dalam pikiran..asignmen blum siap lagi la,mikro teaching blum buat agi la,,yg tu xbuat lgi,yg ni xbuat lgi..herm…sangt bnyk perkara bermain2 menari2 dlm pikiran..astaghfirullahal’azim..betapa banyaknya kebocoran yg telah kite lakukan..peringat buat insan yg kerdil ni sendiri jga dan buat sahabat2 semua..semoga sama2 dapat memberi pringatan..

3. hari raye haji serasi juga dipanggil dengan hari rayer korban..herm..bila nk korban,semua org pegi bank,ambik n cucuk atm utk dapatkan duit..3 ratus,,4 ratus,,5 ratus.,,semua orang boleh buat..mampu utk buat dgn sepenuh hati..senangkan berkorban harta..nak jer,,trus je boleh dapat..tapi sejauh mane kite mampu utk berkorbankan nafsu kite..nafsu malas,nafsu mengata orang,nafsu menonton segala jenis hiburan..senang kata segala nafsu yg negative??herm..duk sekejap bleh la tahan tpi buat balik..xsampai setngh mnit mnyesal dan menahan,buat balik..tinggal kjap jer semua nafsu tu…pas tu dh xtertahan dah..huhu..buat balik…erm..musuh yg paling dekat dgn kite pon nafsu la kan..sejauh manakah kite mampu utk bertarung dgn nafsu sendiri??sekuat manekah kite mampu utk bermujahadah untuk berperang dengan nafsu sendiri??tepuk dada Tanya iman masing2..nafsu kita,iman kite,kita dan Dia jer yg tahu..

4. intipati lain yg telah disampai oleh ayahanda tersayang ialah…kite mesti selalu intai,ingat,jenguk,n bersama dengan NABI MUHAMMAD S.A.W..mcm mana tu??dengn kata lain sentiase berselawat kepada baginda..setiap waktu dan ketika pastikan kita punya waktu utk baginda,,nk bangun,nk duduk,nk bersalaman,nk tidur,,nk bernafas,,nk menghela nafas..herm,,setiap detik dan masa,,berusaha utk kita sentiase berselawat kepada baginda s.a.w..diakhirat nanti seribu kaki berdiri atas kaki..makna kata satu kaki ade 1000 kaki lgi atas kaki tersebut..erm,begitu sesak sekali diakhirat nanti,,,baru2 ni,pnyokong bola sepak tempatan ade yg sudah meniggal kerana kesesakan nafas semasa berada di stadium..tu baru setakat pnyokong bola sepak tempatan yg melibatkan dua negeri,tapi sudah bersesak padat dah..belum lagi di akhirat yg mgbungkan seluruh ummat manusia seluruh pelosok dunia yg datang sejak kuwujudan Adam dan Hawa lgi..xterkira jumlahnya..berapa lamakah kta akn menunggu utk mengambil buku amalan masing2???tapi bagi mereka yg sentiase mengingati baginda s.a.w,insyaAllah akan diberikan dan mendapat syafaat dari baginda s.a.w utk disegerakan pentian tersebut..jadi,selagi punya kesempatan ni,,ambil la peluang utk sentiase mengingati nabi s.a.aw setiap masa..utk buat nabi s.a.w ingat kepada kite,kite dulu yg kena kepada nabi s.a.w.

Itu saja sedikit perkongsian yg dapat dikongsi bagi khutbah raye pgi tadi..semoga mendapat manfaat dari pembacaan kali ini..=)

salam eidul adha..