Saturday, May 15, 2010

SELAMAT HARI GURU



salam alaik kepada semua pejalan-pejalan blog...trimas krana sudi membaca teratak ini..
kepada sahabat-sahabat perjuangan sekalian..
smoga kita semua akan terus bermujahadah dan berusaha untuk menghadapi peperiksaan akhir sem yang akan bermula pada minggu hadapan iaitu 18/05/2010..semoga kita semua dipermudahkan segala usaha untuk memantapkan diri sebelum pergi berjuang di medan peperiksaan..
buat semua pelajar p.a dan sahabat-sahabat,,buatlah yang terbaik dalam peperiksaan ni..sama-sama kita terus berusaha..

Hari ni tepat 16 MEI 2010 merupakan hari yang begitu bermakna buat insan yang bergelar PENDIDIK. hari ini merupakan Hari Guru. sudah semestinya ramai insan yang bergelar guru akan tersenyum dan gembira pabila tiba hari ini.

dulu masa kecil2,,selalu kelam kabut nak pergi kedai cari hadiah untuk bagi kat cg2..tapi cg tak mengharapkan semua itu,apa yang di harapkan ialah ingin melihat insan2 yang dididik dibawah asuhannya berjaya menjadi orang yang berguna pada masa akan datang.





bila hari guru tiba..mesti teringat dengan sajak nukilan Usman Awang ni

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

kerinduan membisik diri mengimbau kembali saat ketika bersama guru ketika zaman persekolahan dulu..
tanpa guru tidak akan berjaya ku melangkah ke 'sini' pada hari ini..
hari ini, ana telah diaturkan oleh Nya untuk berada di Institut Pendidikan Guru (IPG) dimana beberapa tahun lagi ana pula yang bakal menggantikan perjuangan guru-guru dan pendidik yang telah lama berjuang mendidik anak bangsa.
terasa gusar dan takut untuk ana menghadapi suasana luar pabila keluar dari pusat latihan ini.
sudah bersediakah ana untuk digelar seorang PENDIDIK selepas keluar dari pusat latihan ni??mampukah ana untuk meneruskan perjuangan yang telah lama dperjuangkan oleh warga-warga pendidik..
Ya Allah,bantulah hamba Mu ini,kuatkan dan teguhkanlah semangat hamba Mu ini

firman Allah Taala

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, ia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakannya dan ia mendapat siksa dari kejahatan yang dikerjakannya" al-baqarah:284

sesungguhnya begitu mulia pekerjaan seorang murabbi.

bukan senang untuk menjadi murabbi yang disenangi
bukan susah untuk menjadi seorang murabbi yang menyusahkan
SELAMAT HARI GURU
KEPADA SEMUA INSAN BERGELAR GURU DAN PENDIDIK
DAN YANG BAKAL BERGELAR SEORANG GURU

GURUKU..jasamu akan sentiasa dikenang sepanjang zaman .
TERIMA KASIH GURU





1 comment:

Bintu Sazali said...

alhamdulillah,kita juga bakal jadi guru..mudah2an niat kita ikhlas lillahita'ala....:)