Monday, May 31, 2010

JalAn kU puLANg



Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku apakah kan Kau terima
kesunyian ini sedarkan diriku yang lena

Tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu,
terpaut aku tak berpaling

Ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala kiasan indah cintaMu

ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

Ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku

Ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku

Ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

Tak temu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu

tunjukilah kami jalan yang lurus (al-fatihah :6)

Thursday, May 27, 2010

SEnyuMAn

  • Daripada Umar bin Al-Khatab R.A dia berkata.. “RasulluLLAH SAW tersenyum dan baginda adalah orang yang paling bagus giginya”(diriwayatkan Ibnu Hibban di dalam sahihnya

  • Daripada Jabir bin Samurah RA..dia berkata .. “RasulluLLAH SAW tidak pernah tertawa selain daripada senyuman”(Diriwayatkan oleh Ahmad dan Al-Hakim).

  • Daripada Abdullah bin Juz’,dia berkata .. “RasulluLLAH SAW tidak tertawa selain daripada senyuman.” (Riawayat At-Tirmidzi,dan menurutnya hadis ini hasan Ghorib)

mengada-ngada ke merapu ke mengantuk????




salam alaik kepda smua yang msih sudi menatap teratak ni..
alhamdulillah tepat jam 9.45 pagi tadi perjuangn untuk sem ni telah berakhir..adakah perjuangan itu membawa sinar kebahagiaan ataupun sebaliknya akan diketahui sem akan datang....jadi kenalah tunggu bulan depan. diharapkan sinar kebahagiaan sedang menunggu
setelah penat,dan susah payah berusaha akhirnya waktu hanya mampu berserah dan bertawakal saja sekarang..
kalau di pikir balik,perjuangan yg bru selesai ni sangat la kecil,,tapi kenapa selalu jer merungut dan mengeluh??? malas nak tunaikannya????????kenapa xberani nak lawan nafsu sendiri???kenapa mesti berperang dengan diri sendiri?
kenapa selalu kalah dengan nafsu sendiri?sebabnya diri sendiri tu yang selalu dan terlalu dimanjakan....cuba jangan layan sangat nafsu diri,,mesti dapat buat punye segala jenis perjuangan yang diimpikan..








satu ketika di satu bilik..


CM : pelangi, hari ni CM tidur jer waktu siang ni,,sbb malam2 sllu tido lmbt..
pelangi : hish CM ni..mane bleh asyik nk tido jer memanjang..bila umat islam
nak maju kalau kerjanya asyik nk tidur jer..bila umat islam nak
berkembang kalau tu jer kerjanyer? hish...ape CM ni..
CM : (erm....terkejut dengan aper yang dperkatakan..)
pelangi : kite ni Allah telah tetapkan waktu siang digunakan utk mncari rezeki dan waktu mlm utk beristirehat..tpi kamu ni waktu malam2 ni la nk merayap2..pergi sana ade CH pergi sini pon ade CH..kamu ni dah macm HANTU dah..mane2 aje mesti ade kamu..xkira la blok DANG WANGI ker blok DANG ANUM ker blok DANG MERDUWATI ker msti nampk jer muka kamu..(nada nasihat+perli+membebel sikit2....)

hihiihihih..kalau sang PELANGI membaca post ni jgn marah r,...gurauan seketika...hihihi

CM : bukan merayap2 bershaja pom PELANGI..ade kerja..
perbualan terhenti seketika tatkala ade ganguan selpas tu trus senyap...

selepas perbualan itu,sgla nasiht dan teguran yg diberikan bukan xnak diikut tapi susah plak nk bangun pagi..al maklumla....

tidur awal + bangun awal = mengantuk
tidut awal + bangun lewat = mengantuk
tidur lewat + bangun lewat = mengantuk
tidur lewat + bangun awal = okkkkkkkkkkkkkk...
tidur lewat + xtidur2 = zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz(melainkan ade kerja menarik yang nk dilakukan)

tidur awal = 9.00 malam -1pagi lebih...
tidur lewat = 2.30 pagi - 6 pagi...

ade sesaper leh bantu tak???
mcam mane nak wak kesimpulan dan penyelesaian terhadap permasalahan ini???
aduyaiiii..mak oi...




habis exam hari ni..sebelum pulang ke kampong halaman yang tercinta...akan menyibukkan diri plak dengan majlis hari guru peringkat institut hari isnin ni bertarikh 31 MEI 2010..mudah2AH majlis tu akan berjalan dengan lancar dan teratur..

kita hanya mampu merancang tapi ALLAH yang menentukan semua tu..
jadi berdoalah semoga apa yang dirancang akan menjadi kenyataan..amin ya robbal alamin...



Monday, May 24, 2010

..Alhamdulliah..


diharap iman pada ana dan kalian hari ini sihat sejahtera.. alhamdulillah rasa syukur tak terhingga kerana masih lagi dberi peluang untuk hidup hari ini dan atas nikmat2 yang diberikan tanpa perlu membayar satu sen pun kepada Nya..

dua minggu ni semua guru pelatih sibuk berhempas pulas untuk study sebabnya dua minggu ni minggu exam..semua sibuk bermujahadah..hari ini ana xda exam apa2 paper pun,tp kena stdy jgak sebab semua paper xhabis lagi..jadi tak boleh la nak relax sangat.perjuangan masih panjang..yeah...yeah...

tengahari tadi selepas hujan reda,ana bercadang untuk outing sebab nk keluarkan duit.almaklum la duit dah tinggal 4 ringgt je dalm poket..huhuhu..rasa malas untuk outing terpaksa ditolak tepi sebab dah pokai jap..nanti nak kena bayar tu bayar ni xde duit plak..xkan la nak bayar guna daun plak kan..hihihih..tringat zaman kecil2 dulu main masak2 dengan rakan2 sekampung...masak pasir nak gantikan dengan nasi kononnye..hihiih
pastu bayar pakai daun..dah tu main polis trafik plak..buat2 la kena saman dengan polis kampung..sudahnyer bayar pakai daun..kalau xguna daun pokok terbang pakai daun pokok bunga raye..huhuuh

lu di pikirkn balik.....kesian betul la pokok2 tu jadi mangsa kami semua.hihihihi..
indahnye lu tringat balik saat2 kecil dulu..tapi mase terus berjalan dan diri semakin membesar..
hidup mesti ke hadapan bukan ke belakang

outing hari ni nk kuarkan duit jer,pas tu pergi kedai jap sebab ade kawan pesan highlight..lepas tu trus kua dari pusat beli belah tu..ana meneruskan perjalanan ke bawah pokok yang sudah menjadi kebiasaan untuk menunggu pakcik datang ambilkan..ana keluarkan telefon untuk call pakcik datang ambil..
tengok2...ooo tidak.!!telefon xde bateri..erm xdapat nak telefon..jadi ana ambil keputusan tggu jer pakcik..

tuggu punya tggu xde sorang pum pakcik yang lalu lalang kat situ..baru ana teringat yang musim exam2 ni,student xla keluar outing sangt melainkan hari mggu...setngah jam kot dah berlalu tp pakcik masih lagi xde yang lalu lalang..ana terpaksa bersabar..dalam menunggu pak cik kunjung tiba..dah macam2 lagu telah tercipta...rentak dikir barat,,rentak zapin semua ada..
lampu trafik kat situ dah kali ke berapa dah bertukar...aduyai..
hati mula terasa bimbang dan xselesa...ana mula berdoa supya ade student yang outing ke tmpat beli belah trsebut,,,setelah lama menungu masih lagi xde sesape yang tiba..pokok yang ade kat situ dah berapa kALi dah kena tawaf..hhuhu

last skali ana terpikir untuk baca hafazan tapi tkut tersilap..ana pun berzikir je la bawah pokok tu..dengan kuasa Allah S.W.T , xsampai 3 minit pak cik pun sampai di bawah pokok tersebut dengan membawa stdent yang outing..akhirnya ana berjaya pulang ke institut dengan selamat..
dalam kereta pak cik tu,ana tersedar bahawa kite kena sentiasa ingat kat Dia,baru Dia akan ingat kat kita.Sesungguhnya Dialah sebaik-baik tempat untuk kita bergantung jangan sesekali bergantung harap dengan manusia. tempatkan pergantungan kita yang utama kepada Dia yang satu.

jadi..musim peperiksaan ni gunakanlah peluang kita untuk sentiasa dekat dengan Nya dan berserah serta bergantung kepada Nya..muda2ah ia akan menjadikan kita untuk terus beristiqamah dalam mendekatkan diri kepada Nya







Friday, May 21, 2010

Peranan guru mampu lahirkan generasi pintar berperibadi mulia


TIDAK lahir seorang guru tanpa gurunya. Walaupun setiap individu yang berjaya mempunyai sejarah kecemerlangan berbeza, mereka pasti bersatu pendapat tanpa guru, mereka tidak akan berilmu. Ada langsung tidak mengenal huruf, sehingga mereka mengenal guru. Sambutan Hari Guru saban tahun tidak mencukupi bagi menzahirkan penghargaan terhadap jasa guru. Lebih daripada itu, guru hanya mengharapkan muridnya menjadi insan berguna untuk berbakti kepada ibu bapa, bangsa, negara dan agama.
Kerjaya guru mulia dan dihormati. Bukan saja sedia berkhidmat, guru sanggup mengorbankan keluarga sendiri demi pendidikan setiap murid. Ada kala guru mencurahkan kasih lebih daripada seorang ibu atau bapa, semata-mata untuk memastikan semua anak yang didiknya berjaya.
Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya perumpamaan orang berilmu pengetahuan di muka bumi ini seperti bintang di langit yang menjadi petunjuk dan menerangi di dalam kegelapan sama ada di daratan mahupun di lautan, apabila ia terbenam atau hilang, dikhuatiri akan hilang arah tujuan.” (Hadis riwayat Anas bin Malik)


Kerana perumpamaan itu, setiap guru nekad menjadi pembimbing bukan saja menyampaikan ilmu malah memindahkan apa saja mereka tahu kepada setiap murid supaya generasi berilmu tidak akan berkurang, malah lebih baik daripada mereka. Rasulullah adalah contoh guru terbaik kerana selain menyampaikan ilmu, Baginda mendidik, membimbing dan berjaya memindahkan segala pengetahuan daripada Allah tanpa kurang sedikit pun, sehingga ilmu sama masih dipelajari kini dan diamalkan umat Islam yang patuh. Aspirasi negara dalam bidang pendidikan untuk membina masyarakat sejahtera, harmoni serta mendapat keberkatan dan keredaan Allah. Maka bagi mencapai hasrat itu, tuntutan kepada ilmu bersepadu antara fardu ain dan fardu kifayah adalah utama supaya dapat memenuhi tuntutan kesejahteraan di dunia dan akhirat.


Firman Allah bermaksud: “Allah menerangkan (kepada sekalian makhluk-Nya dengan dalil dan bukti) bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, yang sentiasa mentadbir seluruh alam dengan keadilan, dan malaikat serta orang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian) tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah Ali-Imran: 18)

Itulah kaedah pengajaran setiap guru, bukan saja mengajar kira-kira tetapi memastikan murid tahu menghitung pahala dan dosa, begitu juga apabila memberi kefahaman mengenai sejarah. Bukan saja membelek warisan nenek moyang, tetapi mengetahui asal usul manusia dan hubungan dengan Tuhannya. Guru juga mengajar peta serta sempadan dunia supaya muridnya tahu akhirat dan kehidupan di sana. Cuma kadangkala guru teruji dengan perilaku murid yang tidak sepatutnya, tetapi tidak langsung mematahkan semangat menabur bakti, bahkan menganggap ia berlaku satu dalam seribu. Itulah sebab menjadikan guru bersemangat membentuk akhlak pelajar masa kini.


Gejala sosial yang semakin parah, malah sikap ibu bapa menyerahkan tanggungjawab kepada guru semata-mata adalah cabaran semasa yang harus dihadapi. Masyarakat harus berganding bahu dengan guru untuk menjadikan sekolah pusat melahirkan modal insan cemerlang akademik dan sahsiah. Biarpun ramai anak bertuah yang dibimbing ibu bapa dengan sempurna, masih ada diabaikan rohani mereka. Justeru gurulah yang bertanggungjawab dalam segenap segi memastikan generasi berilmu hari ini bukan saja pintar tetapi juga berperibadi mulia.

Thursday, May 20, 2010

Buatmu umi... dan abah



"Ya Allah Ya Tuhanku, cucurilah rahmat dan kasihilah kepada kedua ibu bapaku seperti mereke mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku kecil"




Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu





Suci Dalam Debu


Engkau bagai air yang jernih
Di dalam bekas yang berdebu
Zahirnya kotoran itu terlihat
Kesucian terlinding jua

Cinta bukan hanya di mata
Cinta hadir di dalam jiwa
Biarlah salah di mata mereka
Biar perbezaan terlihat antara kita

Kuharapkan kau kan terima
Walau dipandang hina
Namun hakikat cinta kita
Kita yang rasa

Suatu hari nanti
Pastikan bercahaya
Pintu akan terbuka
Kita langkah bersama

Di situ kita lihat
Bersinarlah hakikat
Debu jadi permata
Hina jadi mulia

Bukan khayalan yang aku berikan
Tapi keyakinan yang nyata
Kerana cinta lautan berapi
Pasti akan kurenang jua





Allah xtengok luaran kita,tapi dalaman kita..
kalau baik dalaman kita..insyaAllah..

dalam diri manusia itu ada seketul daging,
kalau baik daging itu,maka baiklah keseluruhannya
kalau buruk daging itu,maka buruklah keseluruhannya..

semua pilihan kita yang tentukan sendiri
dalam hidup ini kita hanya 2 pilihan sahaja
memang xdapat nak lari..
semuanya pilihan kita sendiri yang tentukan

kita boleh pilih
bahagia ke sengsara..
baik ke buruk..
besar ke kecil..
jurus ke jahat..
kanan ke kiri..
betul ke salah..
PAHALA ke DOSA..
SYURGA ke NERAKA.....

jangan sampai silap memilih..
nanti buruk kesannya......


Terlalu Istimewa

Ku tak tergambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju

(Korus)
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu

Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingnya
Mendengar cerita
Sekadar rahsia

(Ulang korus)

Tak tertanggung rindu…
Mendengar suaramu…
Tawa mengusik jiwa…
Oh…

Saturday, May 15, 2010

Terima Kasih Guruku

Seorang insan ditabir malam
Tersenyum di balik kepayahan
Tidakkan layu mencurah ilmu
Luas lautan baktimu guru

Kau membentuk akhlak diri
Agar menjadi insan berbudi
Menyuluh gelita malam
Terangi kehidupan

Sayup dihatimu
Walau pedih jalanmu
Kau mendidik tanpa jemu
Hanya mengharapkan
Sinar kejayaan
Doa restu dikau iringkan

Terima kasih cahaya hatiku
Tulus suci kasihmu
Oh Tuhan
Rahmati guru

Wahai guruku yang tercinta
Kan ku ingat segala jasamu
Harapanmu pasti ku kotakan
Agar menjadi insan gemilang

SELAMAT HARI GURU



salam alaik kepada semua pejalan-pejalan blog...trimas krana sudi membaca teratak ini..
kepada sahabat-sahabat perjuangan sekalian..
smoga kita semua akan terus bermujahadah dan berusaha untuk menghadapi peperiksaan akhir sem yang akan bermula pada minggu hadapan iaitu 18/05/2010..semoga kita semua dipermudahkan segala usaha untuk memantapkan diri sebelum pergi berjuang di medan peperiksaan..
buat semua pelajar p.a dan sahabat-sahabat,,buatlah yang terbaik dalam peperiksaan ni..sama-sama kita terus berusaha..

Hari ni tepat 16 MEI 2010 merupakan hari yang begitu bermakna buat insan yang bergelar PENDIDIK. hari ini merupakan Hari Guru. sudah semestinya ramai insan yang bergelar guru akan tersenyum dan gembira pabila tiba hari ini.

dulu masa kecil2,,selalu kelam kabut nak pergi kedai cari hadiah untuk bagi kat cg2..tapi cg tak mengharapkan semua itu,apa yang di harapkan ialah ingin melihat insan2 yang dididik dibawah asuhannya berjaya menjadi orang yang berguna pada masa akan datang.





bila hari guru tiba..mesti teringat dengan sajak nukilan Usman Awang ni

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

kerinduan membisik diri mengimbau kembali saat ketika bersama guru ketika zaman persekolahan dulu..
tanpa guru tidak akan berjaya ku melangkah ke 'sini' pada hari ini..
hari ini, ana telah diaturkan oleh Nya untuk berada di Institut Pendidikan Guru (IPG) dimana beberapa tahun lagi ana pula yang bakal menggantikan perjuangan guru-guru dan pendidik yang telah lama berjuang mendidik anak bangsa.
terasa gusar dan takut untuk ana menghadapi suasana luar pabila keluar dari pusat latihan ini.
sudah bersediakah ana untuk digelar seorang PENDIDIK selepas keluar dari pusat latihan ni??mampukah ana untuk meneruskan perjuangan yang telah lama dperjuangkan oleh warga-warga pendidik..
Ya Allah,bantulah hamba Mu ini,kuatkan dan teguhkanlah semangat hamba Mu ini

firman Allah Taala

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, ia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakannya dan ia mendapat siksa dari kejahatan yang dikerjakannya" al-baqarah:284

sesungguhnya begitu mulia pekerjaan seorang murabbi.

bukan senang untuk menjadi murabbi yang disenangi
bukan susah untuk menjadi seorang murabbi yang menyusahkan
SELAMAT HARI GURU
KEPADA SEMUA INSAN BERGELAR GURU DAN PENDIDIK
DAN YANG BAKAL BERGELAR SEORANG GURU

GURUKU..jasamu akan sentiasa dikenang sepanjang zaman .
TERIMA KASIH GURU





Apa DAH Jadi???

Salam sejahtera dan salam ukhuwah kepada semua pembaca teratak usang ni...
lama dah kiranya teratak ni xterusik..
terasa dah penuh dengan sesawang dah..pada detik ini, ana diberi kekuatan untuk mengisi post yang dah lama tak terusik.

beberapa hari yang lalu ana sedikit sibuk untuk menguruskan sesuatu program..dalam kesibukan tu,sempat lagi ana dan beberapa orang kawan pergi ronda-ronda kawasan selepas selesai siap menyempurnakan beberapa misi.. ronda punya ronda, kawan ana berminat untuk singgah sebentar kat kedai pakaian yang tiba-tiba wujud kat kawasan berhampiran.
tanpa buang masa kami semua pergi la kat kedai tersebut untuk melihat apa yang menarik yang terdapat kat situ sebabnya ana tengok ramai je pelajar singgah kat situ..

di warung tersebut.....

ana : eh2..tgk ni, cantik la crop ni..nk beli la..(memang tengah cari benda tu
sebenarnya..tapi..)
kawan 1 : tengok yg ni plak..ok jgak..
kwan 2 : menjadi pendengar setia sambil membelek barangan yg dijual..
kawan 1 : berapa harga crop ni?
pak cik 1 : 2 rm30..

tujuan kami sebenarnya nak cari baju muslimah kat situ..

kawan 1 : pak cik, ade baju muslimah tak?
pak cik 1 : (diam seketika sebab xtahu nk jawab ape) pak cik hensem,ade jual bju muslimah x?
pak cik 2 : mengeleng.....
mak cik : pak cik ni stylo dik..mane ade nk jual baju muslimah2 ni..
pak cik 1 : a'ah..'muslimah kat dlam jer'..kat sini xde jual


kami terasa sedih.pilu,geram semuanya dah bercampur baur..xsangka bleh hadapi situasi tu..mane perginya bakal khalifah atas muka bumi ni..kenapa mesti warga sendiri nk menghancurkan kita???
kami juga terasa begitu malu melihat si 'pakcik2' itu begitu gelak ketawa n dan ketawa gembira pabila melihat si pungunjung yang tiba mencuba-cuba baju dan pakaian yang ingin dijual..
sudah semestinya mereka akan sungguh asyik pabila baju yang sesuai dipakai untuk tidur yang begitu seksi dan seksa itu dicuba dan ditest didepan mereka..aduh!!! tiada kata dapat dikata ketika itu..

kami kami beredar secepat yang mungkin dari 'warung' tersebut..hairan bin ajaib mengapakah 'warung' itu dibenarkan dibuka disitu??
Dengan menjual pakaian yang kurang elok dipandang malah dilarang sama sekali oleh pihak pentadbiran..kenapakah ia boleh berADA disitu??mushkil....mushkil..

apa nak buat....
dari jauh hanya doa yang dapat dikirimkan buat mereka semua...
hhuhuhu..sedih sungguh tengok situasi seperti itu..
kami terasa sedih.pilu,geram semuanya dah bercampur baur..xsangka bleh hadapi situasi tu..mane perginya bakal khalifah atas muka bumi ni..kenapa mesti warga sendiri nk menghancurkan kita???
kami juga terasa begitu malu melihat si 'pakcik2' itu begitu gelak ketawa n dan ketawa gembira pabila melihat si pungunjung yang tiba mencuba-cuba baju dan pakaian yang ingin dijual..
sudah semestinya mereka akan sungguh asyik pabila baju yang sesuai dipakai untuk tidur yang begitu seksi dan seksa itu dicuba dan ditest didepan mereka..aduh!!! tiada kata dapat dikata ketika itu..

kami kami beredar secepat yang mungkin dari 'warung' tersebut..hairan bin ajaib mengapakah 'warung' itu dibenarkan dibuka disitu??
Dengan menjual pakaian yang kurang elok dipandang malah dilarang sama sekali oleh pihak pentadbiran..kenapakah ia boleh berADA disitu??mushkil....mushkil..

apa nak buat....
dari jauh hanya doa yang dapat dikirimkan buat mereka semua...
hhuhuhu..sedih sungguh tengok situasi seperti itu..

Tuesday, May 11, 2010

ya Allah ampunkan dosa-dosa hamba Mu ini..