salam ramadhan buat semua sahabat bloger yang selalu menjengah ke teratak sepi ni..semuga kite bersama-sama menggunakan kesempatan yang ada ni dengan sebaiknya. semuga ramai dlm kalangan kita berasa begitu teruja untuk berpesta dalm bulan yang mulia ni..bukan berpesta,cam post sblum ni..berpesta dalam PESTA IBADAH..sbulan yg ada ni adalah stu platfom, satu destinasi untk kita isi minyak,isi makann,isi muatan,isi lah pape yg sepatutnya utk satu traveling yang pnjang selepas ni..dgn kata lain utk persedian bgi 11 bulan yg akan datng..dan tidak sepatutnya kita gunakn sebelas bulan tu untuk persediaan satu bulan ni..paham x??kalu xpaham buat2 jerk paham...hehehehe
kali ni terbukak hati untk berceritera tentang masalah hati dkat post kli ni...jeng..jeng..jeng...
MASALAH??bila bercerita tentang masalah,tanye kat saper2 pom,mesti ade punyer masalh utk dri sendri..sape yg xder masalah??semua orang ade masalah..xkira la orang tu kecik ker besar ker,,gemuk ker kurus ker,,panjang ker pendek ker..putih ker itam ker...mesti ade masalah..
saper yg xder masalah tu silalah angkat telinga anda sekarang!!...tengok!! xde saper pom yg angkat kannnn....konpom la semua ader masalah..
lau xde masalah tu xnormal la tu..
setiap orang akan hadapi masalah,namun ujian atau masalah yang dihadapi oleh seseorang individu itu tidak sama..ia berbeza dan bergantung kepada kemampuan masing-masing.cara untuk kita selesaikan masalah itu sendiri pun satu masalah jugk utk kita,,tapi semua itu bergantung kepada diri sendiri bagaimana utk menyelesaikan masalah tersebut.
setiap ujian yg Allahbagi kepada kita ade hikmahnya..ada jalan penyelsaiannya..ada jalan keluarnya..
setiap masalah yg Allah turunkan kepada hamba Nya pasti punya hikmah. setiap orang pasti akan hadapi masalah tapi tu semua bergantung kepada kekuatan diri.Allah tidak akan memberi sesuatu yang berada dalam luar kemampuan kita
firman Allah taala :
لا يكلف الله نفسا إلا وسعها . لها ما كسبت وعليها ما اكتسبت
mafhumnya : Allah tidak akan membebani seseoranh itu melainkan sesuai dengan kemampuanya. dia akan mendapat pahala dari kebaikan yg diusahakanya dan mendapat siksa dari kejahatan yang dilakukannya
al-baqarah :286
kenapa kita diuji sebenarnya??kenapa Allah bagi kepada kita ujian??kenapa kita yang terkena ujian itu??kenapa tidak orang lain??
sedarlah wahai diri engkau adalah insan yang terpilih. engkau adalah calon yg sesuai bagi ujian ini. janganlah engkau mudah mengalah..janganlah engkau mudah menyerah. janganlah engkau mudah down ke bawah..
pernahkah kau terfikir ujian yg diberikan tu merupakan satu wadah utk menguji tahap keimanan kau??sudah berapa tinggikah keimanan kau kepada yang Tuanmu??tinggi sangatkan keimanan kau sampai kau mengamuk bila diuji??tinggi sangat ke imanmu sehingga tidak mahu diuji?? macm mana nk tahu iman tu tinggi ke rendah kalau xnak diuji?? iman kita mesti diuji..sama juga kalu belajar dalam kelas,setiap tahun kita akan hadapi ujian kan??
ingat belajar dlm kelas jer ker plu kepada ujian??
tanpa disedari meredah lautan kehidupan merupakan satu proses pembelajaran juga.kita belajar dari pengalaman,belajar dari kesusahan belajar dari kesenangan..semua tu belajar...kalu dalm klas kmentrian pelajaran bagi kita ujian..tapi dalam kehidupan kita kena terima Allah yang senantiasa menguji kita.tujuan kita diuji adalah nak test kita punye iman sampai tahap mana..
firman Allah
“Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” (Al-Ankabut: 2 - 3)
kenapakah kita duji??
kita diuji sudah semestinya kerana nk tahu tahap keimanan kita..sebab lain kita diuji berkemungkinan itu adalah sebagai kifarah kepada kita.kifarah dosa yang kita lakukan sepanjang kita hidup dalam dunia pinjaman ni..
masa kat um nilam puri dulu..setiap org dalam kelas ditugaskan utk bagi tazkirah pendek.bila tiba giliran..hal berkaitan masalah diutarakan..serba sedikit tazkirah yg masih segar dalam ingatan ni ialah bila kita hadapi masalah,jangan terus mudah goyah,mengalah dan menyerah.
bila maslah melandakita,kita kena reflek,muhasabah,kenang kembali apa yg telah kita buat sehinggakan Allah nk uji kita sebegini rupa.kita juga kena sedar,dalam realiti kehidupan, kita tidak akan senantiasa berada diatas,pasti akan tiba giliran kita berada dibawah..kita tidak akan sentiasa bergembira,pasti ada ketika kita bersedih dan menangis.kenapa Allah rancangkan begitu??mungkin dengan kita sentiasa gembira,kita mudah lupa kepada Dia, tapi bila diwujudkan kesedihan,membuatkan kita kembali ingat kepadaNya.membuatkan kita sedar siapa kita sebenarnya.bila masalah dihadapi,kita juga mesti sedar masalah kita tidaklah seberapa kalau nk dibandingkan dengan masalah orang lain.ramai lagi orang lain yg lebih teruk menghadapi masalah dari kita.
erm..tu kali pertama dan terakhir ku menyampaikan tazkirah pendek kat sahabat2 semajmuah di APIUM NilamPuri..
rindunya kepada kalian semua disana..
cuti rayer ni,mudh2an berkesempatan melawat kalian di APIUM seblum kalian menyambung kat KL thun depan..uhkuwah fillah..
ni ade sedikit tips mengatasi masalah mungkin berguna buat sahabat2 semua =)
1. Sandarkan Harapan Pada Allah
Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Al-Insyirah ayat 1-8 yang antara lain maksudnya “ …Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan….”
“Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.” (At-Taubah: 129)
2. Minta Pertolongan Dari Allah
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” (Al-Baqarah: 45)
3. Jangan Sedih dan Kecewa
“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.” (Ali-Imran:139)
Yakinlah dengan janji Allah itu dan jangan cepat putus asa dengan masalah yang dihadapi sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasinya, lihat maksud firman Allah di bawah:
“ …dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir” (Yusuf : 12)
4. Luapkan masalah tersebut pada teman-teman yang dipercayai, walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban yang kamu tanggung.
5. Bandingkan masalah kita dengan masalah orang lain, mungkin masalah orang lebih besar dari masalah kita, perkara ini juga boleh membuatkan kita lebih tenang ketika menyelesaikan masalah.
times up..
jom bersahur...selamat berpuasa buat semua muslimin dan muslimat...
moga mendapat manfaat dari singgahan seketika..=)
peace no war...
Monday, August 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment