Alhamdulillah..hari ni genap dh seminggu kita semua berpuasa..semoga kita semua merebut pluang yang ada dgn sebaiknya..
dalam kita berpuasa ni..banyak hikmah puasa yg kita dapat..antaranya adalah seperti berikut...::
1. Menandakan kesyukuran kepada Allah kerana nikmat-nikmat yang banyak kepada hambahambanya.
2. Melatih jiwa supaya mempunyai rasa kasih dan belas terhadap orang-orang yang susah menderita.
3.Melatih jiwa supaya bersih daripada sifat tamak, sombong, hasad dan dengki
4. Melatih diri supaya bersifat sabar dan tahan menempuh ujian-ujian dalam perjuangan hidup.
5. Menanam semangat perpaduan kerana sama-sama menunaikan kewajipan yang sama itu dapat menimbulkan semangat perpaduan.
6. Menanam semangat sama rata dan menjauhkan sifat beza membeza di antara kaya,miskin, hina mulia, raja dan rakyat kerana sama-sama menjunjung perintah Allah.
7. Melatih diri supaya mempunyai peraturan-peraturan dan menghargakan masa, kerana puasa mempunyai batas-batas waktu yang tertentu.
8. Membersihkan anggota-anggota di dalam tubuh dari daki-daki dan lemak-lemak makanan yang bekerja sepanjang tahun.
9. Memberi kerehatan kepada alat-alat di dalam tubuh, terutamanya alat pengisar makanan yang bekerja sepanjang tahun.
10. Memberi peluang untuk memperbanyakkan amal ibadat, kerana bulan Ramadhan mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada bulan-bulan lain seperti Lailatul Qadar dan sembahyang tarawih
kredit to abah a.k.a cg li..
smuga semua mndapat manfaat..