Wednesday, July 7, 2010

!!! al-FATIHAH !!!

semalam aq mendapat berita yang kurang baik. selepas solat maghrib kat BISA,jiran aq yg merupakan jiran aq di rumah dan juga kat maktab ni memanggilku di belakang BISA,.Aq terasa aneh seketika..tiba-tiba dia memberitahu yang kawan aku(satu batch kat skulah rendah dulu) yang merupakan junior kat maktab ni telah pun kehilangan ayah petang semalam kerana diserang sakit jantung. aq tersentap seketika..

kenapa arwah mesti pergi terlalu awal..kenape arwah yang begitu baik mesti pergi dulu....??Allah lebih menyayanginya..walaubagaimana baik,ramah, dan sebagainya pun,bila tiba ajalnya,Allah akan tetap berkuasa.bila Allah kata KUN FAYAKUN!!!!!!!!!!maka akan terjadilah apa yang dirancang..

kita yang masih hidup ni,mesti meneruskan kehidupan,terus membuat persiapan menghadapi alam baru..kita tidak tahu bila giliran kita akan sampai waktunya,...

segala yang ada atas muka bumi ini akan ditinggalkan...hanya 3 perkara sahaja yang akan kekal ikut kita sebagai bekalan ke alam kubur iaitu.....

1.ilmu yang bermanfaat yang kita laksanakan,yang kita curahkan sepanjang kita hidup atas muka bumi pinjaman ini
2.anak yang soleh yang telah kita asuh dan didikserta
3.sedekah jariah yang kita bagi kat orang ramai

sama-samalah kepada semua yang menyinggah kat teratak ni menyedekah al-fatihah kepada arwah yang meninggalkan kita semua pada 6/7/10
al-fatihah...

No comments: