Friday, July 8, 2011

selamat buat KAMU =D

Dengan nama Mu yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah… syukur
Masih lagi diberikan kesempatan untuk terus hidup dalam nikmat islam dan iman..
Syukur,..
masih lagi di beri peluang menikmati nikmat yang sememangnya tidak akan terkira pun dek akal..
Syukur,
Masih berpeluang untuk terus bersahabat dengan sahabat-sahabat yang setia dalam bersahabat..=D

ALHAMDULILLAH ,YA ALLAH ..
Terima kasih  YA ALLAH..
I love You, YA ALLAH..

Buat sahabat..
Yang dicintai, dirindui dan di sayangi serta di kasihi,
Harapan perasaan ini
Bukan kerana mengikut nafsu dan hati,
Tetapi insyaAllah dengan iman yang menyelubungi,
Moga-moga ia maujud kerana Dia YA Rabbi,
untuk menggapai redha ILLAHI….

Suatu ketika dulu,
Kita sering bertemu,
Namun aku tidak mengenali siapa dirimu,
Hari demi hari berlalu,
Kamu masih setia dengan mereka disitu,


Menghabiskan masa bersama mereka
berborak mesra bermadah pujangga,
Berkata-kata dengan penuh gembira,
Sehingga lupa keadaan sekeliling untuk seketika.

Masa terus berlari meninggalkan insan-insan yang lupa diri,
Bagaikan seorang pelari dikejar bayang-bayang sendiri..
Keadaan sekarang sudah tidak seperti itu lagi,
Kerana hari ini ku ditakdirkan menemuimu melalui tautan hati.
Syukur kepada Mu Illahi,
Kerana memberi peluang dan ruang ini,
Menjadikan sahabat sebagai pembantu diri,
Dalam mengenal siapa diri sendiri,
Yang sememangnya alpa dan leka dengan kehidupan dibumi,
Yang banyak kekhilafan dan kedhaifan untuk berdiri,
semata-mata untuk Memenuhi nafsu dan keinginan hati,
sehingga lupa tujuan sebenar berada dipersinggahan ini.

Terima kasih ya Allah,
Mengurniakan sahabat sejati,
Dalam membantu diri mereflek dan memuhasabah diri,
Ku akur dan sedar akan semua kekurangan yang ada di sana sini,
Kerana hanya Kau yang paling sempurna sekali.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Buat sahabat yang di sayangi,
Al-fatihah ini ku beri,
Sebagai tanda peringatan di hati,
Sempena sambutan kelahiran mu yang kesekian kali,
Moga mendapat keredhaan hidup dari Illahi..

Buat
zuraidah abdul
farahanis yusop
k.na’imah  zakaria
yang sentiasa di hati
moga persahabatan kita kekal abadi
dan bersambung ke syurga yang hakiki


...amin..


BLOG Q,
IPG KPM
JUMAAT, 12.56 PM











No comments: