Bismillahirrahmanirrahim pembuka hati..
Assalamualaikum salam diberi..
sekian lama ku tidak menjejak ke sini..
teratak makin bersawang..huhuhu
tengah2 duk menyapu sesawang yang menggunung ni,,
rasanyer masih belum terlambat lagi nak wish
SALAM MAAL HIJRAH 1432H
kepada semua ummat manusia..
sempena tahun baru ni,di harapkan kite same2 tanam impian,niat dan azam yang baru..
smoga untuk tahun baru ni kite akan punya arah tujuan yang nyata dan jelas..pesanan buat diri yang khilaf
Untuk post kali ni,sedikit perkongsian buat semua yang sudi menjelajah teratak yang indah permai ni..
moga2 dapat manfaat atas travelog anda semua ke sini sambil2 dibasahi hujan sesawang..=)..
post kali berkisahkan kelebihan berselawat atas Nabi junjungan Rasulullah s.a.w.
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.
Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."
Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."
Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.
Sabda Nabi s.a.w __- Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku (al-nasai dan ibnu Hibban)
Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharapkan rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah- ahzab:21
p/s : ayuh kita sama2 memperbanyakkan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
kalau kita nak Nabi ingat kita,kita dulu kena ingat Nabi..jangan lupe yer..selawat banyak2..
sedikit kekekokkan bila lama jari jemari tidak menari
No comments:
Post a Comment