Friday, December 17, 2010

.. pak MAN ooo pak MAN ..

Alhamdulillah..syukur x terhingga kepada Nya kerana disaat ini telah diberikan ruang dan peluang utk jari jemari melentokkan badan di atas keybord ..kepada kalian semua yg sudi berjalan ke mari..semoga semua sihat sntiasa..sihat diri,sihat rohani,sihat fikiran sihat iman,..okey???lau xsihat tu,cepat pegi jumpe Dr yer....Dr gigi ke ,Dr haiwan ke, Dr sakit puan ke Dr cinta ke atau Dr ROHANI…arap jangan tersilap pilih doctor sudah..

>Setelah sekali lagi menyepikan diri,<

>Kini ku muncul kembali..<

>Membawa sesuatu dihati,<

>Untuk sama2 dihayati….<


semalam,takwim islam menunjukkan kita sudah 10 hari mengharungi tahun baru..

..10 MUHARAM 1432H..

SELAMAT MENYAMBUT HARI ASYURA

buat semua kaum muslimin dan muslimat serta mukminin dan mukminat..semoga kita semua memanfaatkan hari yang bersejarah ni..kepada sape2 yg tengah mengacau bubur asyura tu..sila hati2 yer..jangan plak membawa diri ke dalam kawah bubur tu plak…hihihi

semalam..peluang dirakuskan dengan membuat sedikit travelog ke bumi maya ni..jalan punya jalan tersinggah la di suatu kawasan,,

tibe-tibe…terjumpa la satu geng ni…geng DIRI dan geng IMAN..kelihatan asyik berborak..mcm sedang berbincang sesuatu..sepantas kilat menyambar,keputusan diambil untuk menerjah mereka..…jom kita terjah!!

Iman : Assalamualaikum, bos.

Diri : Waalaikumussalam wbt. Lama tak nampak awak. Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa Tuan tak perlukan kami lagi?

Diri : Laa.. kenapa pulak awak cakap camtu? Pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan awak takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil DVD, SMS danTV.. jadi kami rasa terpinggir..

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka. Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji, tapi banyak gak duit saya habis... entah ar...

Iman : Tu sebab, kami rasa Tuan memencilkan kami. Al-Quran, zikir, ma'thurat, solat malam tak boleh bekerja dengan mereka.. kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti..

Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan Tuan sudah punya 'pekerja tambahan'? Saya lihat mereka buat Tuan gembira sekali..

Diri : Argh, gembira apanya.. berterabur kerja kat pejabat tu!! Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali.

Iman : Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan Tuan sejak Tuan kecil lagi. Tapi, Tuan kadangkala mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, Encik Dosa, tapi kami..? Tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga...

Diri : Maafkan saya. Kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga, Encik Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita Allah akan memantau Tuan. Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?

Diri : Janganlah menyalahkan saya.

Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih dan amanah.. bukanlah saya nak memandang rendah kepada jabatan baru Encik Dosa, tapi kami tidak suka cara mereka bekerja. Mereka meminggirkan kami.

Diri : Dah awak tak melawan?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung Tuan tak jaga.. sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari Tuan. Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. Salahkah kami meminta yang sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya.

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk Tuan lagi. Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka. Siapalah kami...

Diri : Ehh, jangan.. bekerjalah dengan saya.

Iman : Buanglah pekerja itu.. mereka meminta-minta dari Tuan. Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami.

Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya. Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh.. Saya rimas.

Iman : (Senyum sinis) Maafkan kami tuan.. kami minta diri dulu.. tak perlulah kami berkhidmat dengan Tuan kalau begitu. Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi. Tuan jangan risau, kami maafkan Tuan..

Diri : Jangan pergi.. saya sanggup pecat Encik Dosa.. dan ahli jawatankuasanya; DVD, majalah yang melalaikan, dan yang sewaktu dengannya.

Iman : Tuan betul-betul sanggup?

Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang. Hidup tak tenang dan pengurusan hidup berterabur..

Iman : Alhamdulillah.. Perkhidmatan kami free of charge. Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar.. silap hari bulan, CEO kita akan naikkan Tuan ke pangkat yang lebih tinggi.

Diri : Terima kasih =) Panggillah ahli jawatankuasa kamu bekerja semula. Encik Iman, saya akan jaga kebajikan kamu.

Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan Tuan berganda-ganda tahun ini dan seterusnya

Diri : Terima kasih Encik Iman.

..Terjahan berakhir…

Apa yang telah dipelajari dari terjahan hari ni??KITA yg tentukan. =)


Monday, December 13, 2010

MARAH??!!


Barang siapa menahan marah padahal dia mampu untuk menampakkannya maka kelak pada hari kiamat Allah akan memanggilnya di hadapan para makhluk dan menyuruhnya untuk memilih bidadari yang ia sukai –HD Turmuzi



sape nak join???silakan..

Friday, December 10, 2010

jomSELAWATbanyak2

Bismillahirrahmanirrahim pembuka hati..

Assalamualaikum salam diberi..


sekian lama ku tidak menjejak ke sini..

teratak makin bersawang..huhuhu

tengah2 duk menyapu sesawang yang menggunung ni,,

rasanyer masih belum terlambat lagi nak wish

SALAM MAAL HIJRAH 1432H

kepada semua ummat manusia..

sempena tahun baru ni,di harapkan kite same2 tanam impian,niat dan azam yang baru..

smoga untuk tahun baru ni kite akan punya arah tujuan yang nyata dan jelas..pesanan buat diri yang khilaf

Untuk post kali ni,sedikit perkongsian buat semua yang sudi menjelajah teratak yang indah permai ni..

moga2 dapat manfaat atas travelog anda semua ke sini sambil2 dibasahi hujan sesawang..=)..

post kali berkisahkan kelebihan berselawat atas Nabi junjungan Rasulullah s.a.w.


Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

Sabda Nabi s.a.w __- Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku (al-nasai dan ibnu Hibban)

Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharapkan rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah- ahzab:21

p/s : ayuh kita sama2 memperbanyakkan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

kalau kita nak Nabi ingat kita,kita dulu kena ingat Nabi..jangan lupe yer..selawat banyak2..


sedikit kekekokkan bila lama jari jemari tidak menari

Saturday, December 4, 2010

.. Hujan oh Hujan ..


Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?

Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?

Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.

Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?

Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?

Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?

Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran.

Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicauan burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.


Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti