Aisyah r.ha berkata: ' tidak pernah keluarga Rasulullah kenyang makan roti gandum 3hari berturut-turut sejak beliau datang di Madinah sehinggalah Baginda wafat'
satu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, khatib,ibn Asakir dan Ibn al-Najjar daripad Abu Hurairah r.a dia berkata : ' aku pernah datang kepada Rasulullah s.a.w ketika sedang bersolat duduk,maka aku pun bertanya kepadanya: ya RAsulullah! mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit? jawab Baginda,' Aku lapar wahai Abu Hurairah. mendengar jawaban baginda itu aku terus menangis sedih melihatkan keadaan Baginda itu.'
Baginda mersa kasihan melihat aku menangis lalu berkata:
wahai Abu Hurairah, janganlah menangis kerana beratnya hisab di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya semasa hidup di dunia
No comments:
Post a Comment