Salam ukhuwah fillah pada sape2 je yang lalu lalang kat cni.. smoga kalian yg singgah kat cni berada dalm keadaan chat walafiat n smoga kiter trus diberikan hidayah n petunjuk oleh-Nya. Terasa begitu lama teratak ni xmasukkn post yg baru..rasa rindu sekali pada teratak ini,ingn je selalu berkongsi ilmu dgn sahabat2,,.nmun selalu jer ader halangan utk masukkn post.
Sejak akhir2 ni,seketul daging yg diberi name hati dalam diri ini rasa begitu tidak keruan..ade2 saje yg xelok bemainkan dlm hati ni..memng la hati ni dapt dkategori kn yg bermasalah.keadaan ini mmbuatkn diri ana sering kali bertanya pada diri sendiri ape yg dah terjadi pada diri ini.?? mengapa perlu rasa begini??perasaan serabut,geram, bengang dan segala mcamlagi dah bercampur baur dah dlm dri..dan menambahkn lagi ketidakeruan hidup..namun pernahkah terpikir balik yg bahagia juga akn datang melalui hati..
Di sini ana nk berkongsi sedikit,mengapa kita perlu untuk mendapatkn hati yg bahagia? Nk tahu knape? Sebbnya penyakit yang berkait rapat dengan jangtung,hati,dan saraf adalah berpunca dari gangguan mental yg kurang stabil. Hati kitayang gusar,tidak tenang,sakit,kecewa putusasa dan banyak lagi tu akan mengheret kita yang empunya diri jauh dari ketenangan. Untuk dapatkan hidup yg bahagia,kita perlu mendapatkan ketenangan.
Hati dapt ditakrifkansebagai roh. Roh pula unsur yg terpnting dalam hakikat kejadian manusia sbb hatilah yg mnntukn sikp mnusia samada baik atau jahat, positif atau negativ kerana dia dalah rajabgi kerajaan diri bukan nafsu.
Imam Ghazali berkata : roh membawa dua makna, 1: jenis yg halus dan bersumber drp rongga hati jasmani dgn perntaraan otot2 n urat yg bermacm2,tersebar ke seluruh bhgian2 badan.2: sifat halus pd mnusia yg dapt mngetahui sesuatu dn dapt mngkap sgala pngertian ..Persoalan hati ni susah nk dirungkaikn,ia sngat la rumit. Sebagaimana firman Allah S.W.Tdalam kitabnya
“ mereka bertanya kepadamu (hai Muhammad) tentang (hakikat)roh. Katakanlah bahawa roh itu termasuk urusan Tuhan-ku dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit sekali”
(al-Isra’,ayat 85)
Orang mukmin mempunyai hati yang suci dan murni sehingga mmbentukkn peribadi yang mulia. Hati.,,apabila ia baik, maka baiklah manusia itu,tp apabila ia jahat,maka jahatlah manusia itu.
“Dalam hati mereka ada penyakit, maka Allah tambah penyakit mereka dan adalah bagi mereka seksaan yg pedih dgn sebb apa-apa yg mereka dustakan.” (al-Baqarah;10)
“ adapun orang yang dalam hatinya ada penyakit, maka bertambahlah kotoran atas kotoran mereka yg telah ada dan mereka mati dalam keadaan yg kufur (at-Taubah:125)
Sabda Nabi Muhammad S.A.W: “sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika baik daging itu,maka baiklah manusia.jika jahat daging itu, jahatlah manusia.ketahuilah bahawa itulah hati” (riwayat bukhari & muslim)
Untuk mendapatkan hati yang baik,seseorang itu mestilah :
- Sentiasa merasakan dirinya bertuhan
“sesungguhnya orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya bertambahlahiman mereka (kerana-Nya) dan kepada Tuhan-lah mereka bertawakal” (al-Anfal;2)
- sentiasa berasa bersyukur dengan apa yang ada.
“ jika kamu bersyukur atas nikmat-Ku, akan Ku tambah nikmat itu” ( Ibrahim;7)
- rasa untuk ikhlas
Keikhlasan akan mencetuskan kejujuran, kasih sayang, hotmat-menghormati serta membuahkan keamanan dan kedamaian
Kesan hati yang sentiasa tidak tenang
Lemah daya kerjanya
Lemah IQ dan EQnya
GelisahKuat berprasangka
Menghasut
Keinginan-keinginan yang tidak muhasabah
Merosakkan jasmani
Kian jauh dari TUHAN
p/s buat diri ana n penyinggah teratak ; sama-samalah kita membuat koreksi diri dan sentiasa muhasabah diri.usah lah berjalan terus mendongak,mendabik dada ke langit,,sedar lah siapa kita sebenarnya diatas dunia pinjaman ini.
No comments:
Post a Comment