Wednesday, May 18, 2011

salam mu'aliminday =D

Bismillah…
Dengan nama- Mu yang maha pemurah lagi maha penyayang..
Entry kali ini memulakan langkah
Setelah sekian lama  membisu dan menyepi
Syukur
mendapat kekuatan untuk melakar sesuatu
di teratak usang yang telah lama di tinggalkan..
terima kasih  Ya Allah
kerana hari ini
aku masih lagi di berikan
nikmat islam dan iman oleh Mu
selawat dan salam buat junjungan mulia
Nabi Muhammad s.a.w
 yang telah bersusah payah memperjuangkan islam
kekal ke hari ini
(kredit to PELANGI  ‘ala peringatan)


sempena hari guru yang beberapa hari sudah berlalu ni
ingin ku ucapkan SELAMAT HARI GURU!!
Buat semua yang telah mengajar dan mendidikku sehingga aku menjadi aku hari ni..
Terima buat mereka yang sanggup bersabar dalam mencurahkan ilmu..
Doaku buat semua guru-guru dan pendidik  di

Tadika Kemas Pangkal Kalong,
Sek Keb Pangkal Kalong,
SMU (A) IttihadiahTanjung Pagar,
Maahad Muhammadi Perempuan,
SMU (A) Azhariah Melor,
Akademi Pengajian Islam Nilam Puri,
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka,
Dan
Kedua umi dan abah yang berada di kampung halaman,



Semoga Allah mengampuni kalian semua,
Semoga terus diberikan kekuatan  untuk terus  mendidik generasi
Semoga kalian dipermudahkan segala urusan yang dilalui
Semoga hidup kalian berada dalam perlindungan dan kerahmatan dari  ILlahi
Dan terus mendapat mardhotillah





…………………………………………..


Buat sahabatku yang menyambut ulang tahun hari kelahiran pada hari ini,
Ku doakan
Dirimu
Sentiasa sihat dan terus bertenaga
Untuk sama2 berjuang pada jalan Nya,
Semoga hidupmu berada dalam keberkatan dari Illahi,
Semoga kamu berada dalam mardhotillah..

Ya Allah Ya rahman ya Rahim,

Semoga sahabatku menjadi penghuni syurga,
Semoga dia berjaya ‘di sini’ dan ‘di sana’,
Semoga terus kekal dengan hepi gudlucky nyer..
Terima kasih Ya Allah..
Kerana menghantar dia kepada kami semua,
Terima kasih ya Allah,
Menjalinkan persahabatan kami semua dengan dia,

Ya Allah,
Kau jadikanlah kami semua dalam kelangan mereka
 Yang terus menjalankan amanah Mu dengan baik..
Ya Allah..
Kau permudahkanlah segala urusan kami semua..




Gud luck untuk peperiksaan buat semua sahabatku
Terutama pismp pa/pi/ba Jan 2011 =)