Friday, February 4, 2011

.... CCHOPS!! ....

Andai masa dan waktuku telah hampir mendekatiku…

Kenapakah aku masih leka dan alpa dengan segala amalan dan perbuatanku??

Ya Allah,

Kau berikanlah aku petunjuk dan hidayah Mu pada ku yang tidak terdaya dan berkuasa ini..

Aku hanyalah hamba Mu yang hina..

Aku bukan mengarahkan Mu untuk memberi apa yang ku minta,

Tapi aku hanya hamba yang dina

yang hanya mampu memohon menadah tangan kepadaMu yang Maha Kuasa..

Monday, January 31, 2011

Thank You Allah


suatu malam

Semua teman-teman

Bersama-sama menghadiri perjumpaan keluarga 36

Buat terakhir kalinya

Setelah setahun bersama

Bermacam ragam dan karenah

Sama2 melayan..


Pelbagai perencah dan perisa

Dihiruk bersama..

Suka,duka,tangis,tawa..

Sentiasa stand together..


Bila waktu untuk diri mengundur mendatang jua..

Rasa sebak mencucuk jiwa..

Rasa sedih berduka lara..

Rasa sayu datang menimpa..


Bukan gila pangkat atau kuasa..

Tapi betapa ku rasa bahagia

Bila mana dapat bersama mereka

Dimana saja hati berbunga ceria..


Dengan Ikatan hati yang terjalin

Dan ukhuwah yang berpaut erat

Betapa ku sayang untuk berpisah

Meninggalkan semua..


Buat anda-anda semua keluarga 36,

Ucapan syukranku tidaklah begitu berharga,

Jika dibandingkan dengan ilmu dan tunjuk ajar,

Banyak yang ku belajar dari kalian.


Buat anda semua..

kak mira,k.rahmah,k.umai,

k.fi,k.zatul,k.ina,k.ti

k.ila,k.ara,k.syafa,k.sab,k.tik

dan anda2 yang lain


terima kasih atas segala tunjuk ajar dan bantuan kalian semua

dari pembaca doa dan tugas2 lain yang berkaitan,

sempat ku belajar sesuatu yang lain..


Terima kasih Ya Tuhan kerana menghantar mereka

Buatku menimba ilmu yang sebelum ini ku sendiri buta.


********************* (@_@) ****************

********************************************


selamat buat semua (>.<)

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah,,..syukur kepada-Nya

Jumaat -29 Januari 2011,

Penghulu segala hari,

Hari yang penuh barakah,

Tika waktu dan saat ini..

Berakhir sudah satu taklifan yang telah diletakkan di atas bahu ini..

taklifan sudah bertukar tangan,

beralih tanduk pentadbiran..

yang lebih berkaliber dan berketerampilan..

selepas ini..

sudah pastinya

akan berlaku perubahan..

insyaAllah akan menjadi lebih hebat dan mantap dari sebelumnya…

mudah-mudahan…amin…

moga Allah memudahkan segalanya…

kepada rakan-rakan dan teman-teman..

k.umai,k.dayu,dan k.zati..

anis,zu dan k.imah,k.tini,k.ika dan yg lain..

selamat meneruskan perjuangan..

selamat menjalankan amanah dengan sebaiknya..

selamat bertugas dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2011/2012

CAIYOOK!!!GANBATE!!

Saturday, January 15, 2011

retak --> pecah --> berderai -->hancur


Awal-awal pagi kau sudah membawa diri,

Mencari rezeki sesuap nasi,

Untuk menyara anak-anakmu,

Kau sanggup bekerja pagi hingga malam,


Berkorban apa saja

untuk membesarkan anugerah Tuhan,

Sedih ku rasakan

Bila melihat hatinya..

Hancur..

Berkecai..

Berderai..


xsanggup ku rasakan

Bila memandang jiwanya

Ditusuk sembilu tajam..

Dicincang pisau sembelihan..

Ditetak pedang samurai..


Hiba dan sayu ku rasakan

Bila terpaksa menonton dirinya diperlakukan sedemikian..

Memberi bunga yang harum mewangi..

Tapi di balasnya tahi busuk yang menyengat hidung

Diharapkan gangsa walaupun tidak dapat emas,..

Namun dibalasnya besi berkarat yang tidak berguna


Moga ada sinar harapan baru

Buatmu

Seorang BAPA..

MY VILLAGE

18:27..25/12/2010

spotlight?? torchlight? lilin?? pelita??

alhamdulillah..

kepada sahabat2 yang sudi melawat ini teratak..

semoga sihat semuanya,,

syukur kepada Nya,utk pertama kalinya di hari ini,

dapat meng "post "kn sesuatu di teratak ni..

dah bersarang,,,berhabuk,,berkulat pom ade ni..huhuhu

post kali ini dah lama dah tersave dalam my lappy document,

alhamdulillah,hari ini, 10 safar 1432 H/ 15.01.2011

telah berjaya melahirkan post utk bulan ini..

semoga travelog kalian ke sini,punya menfaat..lau ade yang mai travel la..huhuhu

kali ni,ade sedikit crita pendek yang xseberapa pendek untuk santapan minda,,moga sama dapat manfaat.

..(@_,@)...



Suatu senja…

Selepas si abang pulang dari kerja..

Abang : adik,nape rumah kite gelap jer ni?

Adik : xde letrik la bang..baru je kejap tadi..

Abang : dah tu,nape xnyalakan lilin?

Dah gelap ni..kejap lagi dah malam da..tak kan nak biarkan umah kite gelap gelita cam ni?

Adik : lilin xde la bang..dah habis..

Abang : hish budak ni..nape xcakap awal2..

adik jaga rumah kejap..abang g kedai cari lilin..jangan nak merayau plak senja-senja ni!…

(si kecil hanya menurut perintah)

Pernah x hadapi situasi di atas..

Asal xde letrik jer..cari lilin untuk menerangi..

Asal xde letrik jer cari pelita untuk memberi cahaya..

Asal xde letrik jer..bil lupe nak bayar..oppps….!!huhuhu

Selagi hayat dikandung badan

Bila letrik xde..

sumer tu masih bleh di usahakan

untuk menerangi rumah kite

Tapi bila daa…………………….

Sekujur tubuh sudah kaku dibalut kain putih..???

Herm…bleh x agaknya kite cari lilin o pelita untuk menerangi ‘RUMAH’ kite time tu??

Bleh ke suruh pak cik penggali kubur tu letak lampu kalimantan dalam ‘SINGGAHSANA’ tu ??

Hahahaha..mesti la x bleh kan..

Tapi kalu nak jugak

Boleh jer…

Tapi ni kena sedia awal2 la..

SEBELUM …

Rumah kata pergi…

Kubur kata mari…

Supaya ‘RUMAH’ bercahaya

Silakan untuk sediakan bahan-bahan berikut

Lilin

+

Pelita

+

Lampu

+

Spotlite

+

Obor

+

Jamung

=

AMAL IBADAT

Perkara satu2nya yang akan menjadi teman sepanjang tidur yang panjang lagi lena..

Satu2nya perkara yang setia dengan tuannya..

Sama ada sikit atau banyak..

Sama ada kite peduli atau tidak..

Itulah bekalan bersama

Sementara berada di ‘PERSINGGAHAN BARU’..

Jom kita!!

tingkatkan prestasi

sifarkan kontroversi

selalu upgradekan iman dalam diri

Mai pakat BER"ANJAK"


AHLAN WASAHLAN


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang


ITS BETTER THAN NOTHING!!


YA ALLAH,kau permudahkan segala urusanku di tahun 2011 ini,semoga aku mampu melakukan yang terbaik dan lebih baik dari tahun dulu

Friday, December 17, 2010

.. pak MAN ooo pak MAN ..

Alhamdulillah..syukur x terhingga kepada Nya kerana disaat ini telah diberikan ruang dan peluang utk jari jemari melentokkan badan di atas keybord ..kepada kalian semua yg sudi berjalan ke mari..semoga semua sihat sntiasa..sihat diri,sihat rohani,sihat fikiran sihat iman,..okey???lau xsihat tu,cepat pegi jumpe Dr yer....Dr gigi ke ,Dr haiwan ke, Dr sakit puan ke Dr cinta ke atau Dr ROHANI…arap jangan tersilap pilih doctor sudah..

>Setelah sekali lagi menyepikan diri,<

>Kini ku muncul kembali..<

>Membawa sesuatu dihati,<

>Untuk sama2 dihayati….<


semalam,takwim islam menunjukkan kita sudah 10 hari mengharungi tahun baru..

..10 MUHARAM 1432H..

SELAMAT MENYAMBUT HARI ASYURA

buat semua kaum muslimin dan muslimat serta mukminin dan mukminat..semoga kita semua memanfaatkan hari yang bersejarah ni..kepada sape2 yg tengah mengacau bubur asyura tu..sila hati2 yer..jangan plak membawa diri ke dalam kawah bubur tu plak…hihihi

semalam..peluang dirakuskan dengan membuat sedikit travelog ke bumi maya ni..jalan punya jalan tersinggah la di suatu kawasan,,

tibe-tibe…terjumpa la satu geng ni…geng DIRI dan geng IMAN..kelihatan asyik berborak..mcm sedang berbincang sesuatu..sepantas kilat menyambar,keputusan diambil untuk menerjah mereka..…jom kita terjah!!

Iman : Assalamualaikum, bos.

Diri : Waalaikumussalam wbt. Lama tak nampak awak. Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa Tuan tak perlukan kami lagi?

Diri : Laa.. kenapa pulak awak cakap camtu? Pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan awak takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil DVD, SMS danTV.. jadi kami rasa terpinggir..

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka. Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji, tapi banyak gak duit saya habis... entah ar...

Iman : Tu sebab, kami rasa Tuan memencilkan kami. Al-Quran, zikir, ma'thurat, solat malam tak boleh bekerja dengan mereka.. kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti..

Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan Tuan sudah punya 'pekerja tambahan'? Saya lihat mereka buat Tuan gembira sekali..

Diri : Argh, gembira apanya.. berterabur kerja kat pejabat tu!! Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali.

Iman : Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan Tuan sejak Tuan kecil lagi. Tapi, Tuan kadangkala mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, Encik Dosa, tapi kami..? Tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga...

Diri : Maafkan saya. Kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga, Encik Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita Allah akan memantau Tuan. Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?

Diri : Janganlah menyalahkan saya.

Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih dan amanah.. bukanlah saya nak memandang rendah kepada jabatan baru Encik Dosa, tapi kami tidak suka cara mereka bekerja. Mereka meminggirkan kami.

Diri : Dah awak tak melawan?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung Tuan tak jaga.. sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari Tuan. Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. Salahkah kami meminta yang sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya.

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk Tuan lagi. Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka. Siapalah kami...

Diri : Ehh, jangan.. bekerjalah dengan saya.

Iman : Buanglah pekerja itu.. mereka meminta-minta dari Tuan. Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami.

Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya. Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh.. Saya rimas.

Iman : (Senyum sinis) Maafkan kami tuan.. kami minta diri dulu.. tak perlulah kami berkhidmat dengan Tuan kalau begitu. Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi. Tuan jangan risau, kami maafkan Tuan..

Diri : Jangan pergi.. saya sanggup pecat Encik Dosa.. dan ahli jawatankuasanya; DVD, majalah yang melalaikan, dan yang sewaktu dengannya.

Iman : Tuan betul-betul sanggup?

Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang. Hidup tak tenang dan pengurusan hidup berterabur..

Iman : Alhamdulillah.. Perkhidmatan kami free of charge. Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar.. silap hari bulan, CEO kita akan naikkan Tuan ke pangkat yang lebih tinggi.

Diri : Terima kasih =) Panggillah ahli jawatankuasa kamu bekerja semula. Encik Iman, saya akan jaga kebajikan kamu.

Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan Tuan berganda-ganda tahun ini dan seterusnya

Diri : Terima kasih Encik Iman.

..Terjahan berakhir…

Apa yang telah dipelajari dari terjahan hari ni??KITA yg tentukan. =)