Tuesday, November 30, 2010

BANGLO KUNING


Dalam ketika hujan sedang membasahi bumi di luar rumah..

Suddenly hati ku…

Rindu pada BANGLO itu..

BANGLO??hahaha..yer BANGLO itu..

Yg punya banyak kisah mula tercipta..

Banyak kenangan mula terakam indah..

Disitulah ikatan ukhuwah tercantum erat..

BANGLO ….BANGLO …

tu la BANGLO tu...

p/s :tibe-tibe…

Monday, November 29, 2010

petua for RIAK

Bila cuti sekolah ni bermula,maka berakhirlah sudah pembelajaran di semester ke-3 dlm program persediaan..bila tengah asyik membelek nota2 yg ada dalam lappy ni..terbuka nota subjek akhlak..hari tu dalam kelas AI 31 semasa di institut,bersama ustazah Fatimah mempelajari topik RIAK..hasil perbincangan dan perbentangan yg telah berlangsung..ini adalah sedikit perkongsian...

Petua untuk mengelak RIAK

Jika Engkau Bertemu Dengan Seseorang

Maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkanlah dalam hatimu
"Mungkin kedudukannya disisi Allah jauh lebihbaik dan lebih tinggi dariku"


Jika Engkau Bertemu Dengan Anak Kecil

Maka ucapkanlah dalam hatimu
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah,sedangkan diriku telah banyak
bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini lebih baik dariku"

Jika Engkau Bertemu Dengan Orang tua

Maka ucapkanlah dalam hatimu
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lamadariku, tentu dia lebih baik dariku"


Jika Engkau Bertemu Dengan Orang Yang Berilmu

Maka ucapkanlah dalam hatimu
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akanpernah ku capai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dialebih baik dariku"

Jika Engkau Bertemu Dengan Seorang Yang Bodoh

Maka katakanlah dalam hatimu
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana diabodoh (tidak tahu) sedangkan aku bermaksiatkepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Danaku tidak tahu bagaimana akhir umurku danumurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku"

Jika Engkau Bertemu Dengan Orang Kafir

Maka katakanlah dalam hatimu
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak,mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam danberamal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usiadiriku kufur dan berbuat buruk"

Sabda Nabi s.a.w

Nabi s.a.w : Mahukah kalian aku memberitahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajjal?

Sahabat jawab : Tentu

Nabi s.a.w : syirik yang tersembunyi ini apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya kerana melihat seseorang sedang memandangnya

( Hadis riwayah Ibnu Majah )



p/s : semoga kite semua dijauhkan dari penyakit hati terbabit..amin..

TULUS dan SUCI


Tersentuh Dua Sahabat Mementingkan Diri Org lain.


Sahabat A m'minta tolong Sahabat B.

Sahabat B ikhlas menolong.


Maka Siap Kerja yg di tolong.


Sahabat A beri Wang sebagai Penghargaan


Sahabat B Tolak,katanya IKHLAS


Maka,Sahabat A kata,baiklah : ini SEDEKAH buat mu.

Sahabat A,B berkeras m'pertahankn akn IKHLAS&SEDEKAH msg2.


Akhirnya,Sahabat A m'dpt PAHALA ats SEDEKAH

&

sAHABAT B m'dpt balasan ats pertolongannya.



Sunday, November 28, 2010

Lukisan Alam


Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
-Begitu aturan Tuhan-


Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai


Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealfaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya


Usah mengharapkan ke segalanya
Dalam perjuangan penuh pengorbanan

Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
-Begitu ajaran Tuhan-


Hasbiallah, Hasbunallah
HasbiRabbi jalallahu Ya Allah

Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar

Di dalam jiwamu itu






p/s ::> special buat diri sendiri tp kalau tatapan umum pon boleh juga,,=))

untuk mendengar sila tekan sini

babaya vs papaya


Dua minggu sudah berlalu..bermulanya cuti persekolahan… begitu banyak sekali perancangan yang telah dirancang untuk diisi sepanjang cuti..nak buat tu nak buat ni..tapi sehingga detik ini..perancangan tersebut masih belum terlaksana..n sehingga saat ini menjadi baby sitter seperti tahun2 sudah bersama adik2 tersayang..herm…tu lah..kita hanya merancang,tapi Allah yang menentukan segalanya. Sesungguhnya Allah lah Pencatur yg terbaik..mungkin ada yg lebih baik tersedia dari apa yg telah dirancangkan..

Post kali ni untuk tatapan umum..hehehe..sape la yg umum2 nk tatap post ni..huhuuhu

Entry kali ni berkaitan dgn betik ..macam tajuk di atas,babaya dan papaya equal to betik......sepanjang cuti ni, betik selalu menjadi hidangan bersama ketika makan..erm..pencuci mulut-betik..minuman-jus betik..bangun tidur jer..nampak betik..nak tidur pon betikzzzzzz..hahaha..ade ke sampai macam tu sekali..dasyat betul..hehehe

Sebenar-benarnya betik ni banyak khasiatnya,,..tmbah2 lagi buat sesaper yg selalu menghadapi sembelit..ia sangat la bagus untuk melawaskan perut

Antara khasiat2 lain betik ialah…

Jeng--- jeng--- jeng ......

Bagi Buah Betik


Selain mengandungi kalium dan magnesium yang sangat tinggi, buah ini juga kaya dengan karotena, vitamin C, dan flavonoid, sehingga dapat berfungsi memecahkan serat makanan sisa, sehingga mudah kita untuk membuang air besar. Jika dimakan segar secara rutin, buah betik sangat bermanfaat untuk mengubati usus yang luka dan mengurangkan panas tubuh ketika deman.
Bagi Daun Betik


Bagi yang suka,
xsuka xpayah bace yer.. daun betik sangat enak dibuat sayur dan ulam. Memang rasanya agak pahit tetapi tengok saja manfaatnya yang luar biasa, seperti mengubati malaria, sakit perut dan kurang nafsu makan..sape2 nk kuruskan badan..bleh jgak amalkan ni..nge~~~

Caranya: Ambil daun betik segar sebanyak 1-2 tapak tangan, garam sedikit, dan air suam 1/2 cawan. Campuran ini dipipis atau dikisar, lalu diperah dan diambil airnya. Diminum sehari satu sehingga tiga hari berturut-turut. Kandungan papain dalam daun juga amat berkesan untuk melembutkan daging. Masyarakt Mexico menggunakan daun betik bukan sahaja untuk melembutkan daging, tetapi juga dijadikan ubat untuk asma dan masalah jantung. Bagaimanapun jika penggunaan daun terlalu banyak ia boleh jadi berbahaya kerana ia boleh menghasilkan toksik…jgn terlebih suda…



Bagi Biji Betik


Dikatakan amat berkesan untuk megubati masalah cacing dalam perut.

Caranya: Jemur biji betik hingga kering, lalu tumbuk hingga halus. Ambil serbuk ini sebanyak 10 gram dan didihkan bersama 150ml air, sehingga tinggal kira-kira 75 ml. Minum sekali gus 2 jam sebelum makan malam.tika ni..arap kena sabar dulu


Bagi Getah dan akar Betik

Dapat mengubati sakit saluran kencing, masalah cacingan, bahkan digigit ular berbisa. Untuk ubat cacing,gunakan akar betik kering sebanyak 10 gram, bawang putih 1 gram, dan 100 ml air. Semua bahan dipotong-potong, kemudian didihkan dengan air selama 15 minit, baru disaring. Bila perlu, tambahkan air matang sehingga diperoleh hasil saringan 75 ml. Bahagikan kepada tiga bahagian (25 ml) sekali minum.



hasil terjahanan pokok betik belakang ,kiri,kanan rumah..nge~~~~

akhirnya terhidang lazat dalam sebuah pinggan


lepas ni dijemput la sape2 yang lalu belalang kat sini untuk tanam pokok betik ni..xsusah pom..tapi kalu malas sangat nak tanam tu beli jer kat kedai..tapi AWAS!! anda disarankan untuk menanam..save la budget duit sikit...bleh sihatkan tubuh badan ape bila bertani...samapai disini dulu..Selamat mencuba!!


BERTANI SATU IBADAH




Friday, November 26, 2010

=/...??


Yang jauh di mata..

Dekat dihati..

Yang dekat dimata..

Kenapa jauh di hati????

Wednesday, November 24, 2010

rabitah HATI

Sesungguhnya engkau tahu
Bahawa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naugan cintamu
bertemu dalam ketaatan bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

kuatkanlah ikatannya kekalkanlah cintannya
tunjukkilah jalan2nya terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
ya Rabbi bimbinglah kami

lapanglah dada kami dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padamu
hidupkan dengan makrifatmu
matikan dalam syahid di jalanmu
engkaulah pelindung dan pembela

kuatkanlah ikatannya kekalkanlah cintannya
tunjukkilah jalan2nya terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
ya Rabbi bimbinglah kami