Friday, July 8, 2011

selamat buat KAMU =D

Dengan nama Mu yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah… syukur
Masih lagi diberikan kesempatan untuk terus hidup dalam nikmat islam dan iman..
Syukur,..
masih lagi di beri peluang menikmati nikmat yang sememangnya tidak akan terkira pun dek akal..
Syukur,
Masih berpeluang untuk terus bersahabat dengan sahabat-sahabat yang setia dalam bersahabat..=D

ALHAMDULILLAH ,YA ALLAH ..
Terima kasih  YA ALLAH..
I love You, YA ALLAH..

Buat sahabat..
Yang dicintai, dirindui dan di sayangi serta di kasihi,
Harapan perasaan ini
Bukan kerana mengikut nafsu dan hati,
Tetapi insyaAllah dengan iman yang menyelubungi,
Moga-moga ia maujud kerana Dia YA Rabbi,
untuk menggapai redha ILLAHI….

Suatu ketika dulu,
Kita sering bertemu,
Namun aku tidak mengenali siapa dirimu,
Hari demi hari berlalu,
Kamu masih setia dengan mereka disitu,


Menghabiskan masa bersama mereka
berborak mesra bermadah pujangga,
Berkata-kata dengan penuh gembira,
Sehingga lupa keadaan sekeliling untuk seketika.

Masa terus berlari meninggalkan insan-insan yang lupa diri,
Bagaikan seorang pelari dikejar bayang-bayang sendiri..
Keadaan sekarang sudah tidak seperti itu lagi,
Kerana hari ini ku ditakdirkan menemuimu melalui tautan hati.
Syukur kepada Mu Illahi,
Kerana memberi peluang dan ruang ini,
Menjadikan sahabat sebagai pembantu diri,
Dalam mengenal siapa diri sendiri,
Yang sememangnya alpa dan leka dengan kehidupan dibumi,
Yang banyak kekhilafan dan kedhaifan untuk berdiri,
semata-mata untuk Memenuhi nafsu dan keinginan hati,
sehingga lupa tujuan sebenar berada dipersinggahan ini.

Terima kasih ya Allah,
Mengurniakan sahabat sejati,
Dalam membantu diri mereflek dan memuhasabah diri,
Ku akur dan sedar akan semua kekurangan yang ada di sana sini,
Kerana hanya Kau yang paling sempurna sekali.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Buat sahabat yang di sayangi,
Al-fatihah ini ku beri,
Sebagai tanda peringatan di hati,
Sempena sambutan kelahiran mu yang kesekian kali,
Moga mendapat keredhaan hidup dari Illahi..

Buat
zuraidah abdul
farahanis yusop
k.na’imah  zakaria
yang sentiasa di hati
moga persahabatan kita kekal abadi
dan bersambung ke syurga yang hakiki


...amin..


BLOG Q,
IPG KPM
JUMAAT, 12.56 PM











Wednesday, July 6, 2011

TERIMA KASIH YA ALLAH.. =D

..Dengan nama Mu Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang..

Alhamdulillah…
Setelah sekian lama teratak ini ditinggalkan tanpa tinta..
Syukur,di gerakkan hati
untuk membuka
lembaran baru
di bulan baru
pada semester baru..

syukur…
masih kekal dengan nikmat
ISLAM DAN IMAN
sehingga ke detik ini..

Terima kasih ya Allah
atas kurniaan ini ..
Terima kasih ya Allah
menjadikan aku salah seorang insan terpilih..
Terima kasih Ya Allah..
atas segala nikmat-nikmat yang tidak terhitung Kau kurniakan..
Terima kasih Ya  Allah..
memberikanku insan-insan bertuah
sebagai wasilah untuk mendorong dan membetulkan aku
untuk berada pada landasan yang betul
untuk ku terus berdiri pada hari ini
Terima kasih Ya Allah..
kau berkati dan redhailahlah mereka..

TERIMA KASIH YA ALLAH!!



DI SAAT BUNTU,KAULAH SEBAIK-BAIK PENUNJUK JALAN !! 

sayang kamu..dan kamu.. dan kamu..!!





Wednesday, May 18, 2011

salam mu'aliminday =D

Bismillah…
Dengan nama- Mu yang maha pemurah lagi maha penyayang..
Entry kali ini memulakan langkah
Setelah sekian lama  membisu dan menyepi
Syukur
mendapat kekuatan untuk melakar sesuatu
di teratak usang yang telah lama di tinggalkan..
terima kasih  Ya Allah
kerana hari ini
aku masih lagi di berikan
nikmat islam dan iman oleh Mu
selawat dan salam buat junjungan mulia
Nabi Muhammad s.a.w
 yang telah bersusah payah memperjuangkan islam
kekal ke hari ini
(kredit to PELANGI  ‘ala peringatan)


sempena hari guru yang beberapa hari sudah berlalu ni
ingin ku ucapkan SELAMAT HARI GURU!!
Buat semua yang telah mengajar dan mendidikku sehingga aku menjadi aku hari ni..
Terima buat mereka yang sanggup bersabar dalam mencurahkan ilmu..
Doaku buat semua guru-guru dan pendidik  di

Tadika Kemas Pangkal Kalong,
Sek Keb Pangkal Kalong,
SMU (A) IttihadiahTanjung Pagar,
Maahad Muhammadi Perempuan,
SMU (A) Azhariah Melor,
Akademi Pengajian Islam Nilam Puri,
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka,
Dan
Kedua umi dan abah yang berada di kampung halaman,



Semoga Allah mengampuni kalian semua,
Semoga terus diberikan kekuatan  untuk terus  mendidik generasi
Semoga kalian dipermudahkan segala urusan yang dilalui
Semoga hidup kalian berada dalam perlindungan dan kerahmatan dari  ILlahi
Dan terus mendapat mardhotillah





…………………………………………..


Buat sahabatku yang menyambut ulang tahun hari kelahiran pada hari ini,
Ku doakan
Dirimu
Sentiasa sihat dan terus bertenaga
Untuk sama2 berjuang pada jalan Nya,
Semoga hidupmu berada dalam keberkatan dari Illahi,
Semoga kamu berada dalam mardhotillah..

Ya Allah Ya rahman ya Rahim,

Semoga sahabatku menjadi penghuni syurga,
Semoga dia berjaya ‘di sini’ dan ‘di sana’,
Semoga terus kekal dengan hepi gudlucky nyer..
Terima kasih Ya Allah..
Kerana menghantar dia kepada kami semua,
Terima kasih ya Allah,
Menjalinkan persahabatan kami semua dengan dia,

Ya Allah,
Kau jadikanlah kami semua dalam kelangan mereka
 Yang terus menjalankan amanah Mu dengan baik..
Ya Allah..
Kau permudahkanlah segala urusan kami semua..




Gud luck untuk peperiksaan buat semua sahabatku
Terutama pismp pa/pi/ba Jan 2011 =)

Thursday, April 14, 2011

...Alhamdulillah...

Bismillah...

dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang..

Terima Kasih ya Tuhan..

memberikan kesempatan itu...

syukur pada Mu...


setiap hari perlu ada perubahan pada diri..

perubahan yang positif...

perubahan akal

perubahan pemikiran

perubahan kesihatan

perubahan yang berubah...





pastikan hari ini lebih baik dari semalam

esok lebih baik dari hari ini..


kenali diri mu pasti kamu akan mengenali siapa Pencipta Mu

jaga iman..jaga hati...jaga diri..

pesanan yang selalu di berikan kepada seseorang ...

namun

bila diri sendiri yang menerima pesanan tersebut...
rasa di hati sungguh lain..

situasi sudah berubah... 

terima kasih ya Allah kerana menghantar 'si dia' untuk menjadi perantaraan...



...DSK ,4.45 PETANG (13.4.2011)...

Sunday, April 10, 2011

Pelajaran Yang Menuntut Perubahan Berterusan


BISMILLAH..
ALHAMDULILLAH
...
....
PESANAN BUAT DIRI DAN SAHABAT...
Ingat, setiap kali sesuatu menimpa kita, sama ada baik atau buruk... itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Maka ubahlah diri kita selalu, ke arah yang baik, lebih baik dan cemerlang. Setiap detik, setiap ketika, ada sahaja peristiwa yang akan kita hadapi... maka belajarlah secara berterusan, dan berubahlah secara berterusan... Nanti kita akan mencapai kebaikan secara berterusan pula.
Jangan sekali-kali menangguhkan pelajaran, nanti anda akan menangguhkan perubahan dan akhirnya menangguhkan datangnya kebaikan. Belajarlah di universiti kehidupan semasa masih ada masa lagi, supaya kita tidak diburu penyesalan apabila tempoh pengajian tamat (mati).
Kata pepatah, "belajar sewaktu muda bagai melukis di atas batu, belajar sewaktu tua bagai melukis di atas air." Teringat kata Dale Carnargie, "jangan gergaji abuk kayu!" Dan itulah nasib orang tua yang tidak belajar semasa mudanya!
Buat diri ku dan diri mu, kuaklah tirai hari ini dan ingatkan diri... aku adalah pelajar di universiti kehidupan ini. Hari ini Allah pasti mengajar ku melalui perlakuan-perlakuan manusia lain kepada ku.  Dan aku mesti belajar dengan orang lain, kejadian, peristiwa itu – pahit atau manis.
Jika manis, Allah mengajarku erti syukur. Jika pahit, Allah mengajar ku erti sabar. Jika dikecewakan, aku sedang belajar hakikat tawakal. Bila cemas, Allah mengajar ku erti raja' (mengharap). Jika sedikit, Allah mengajar ku erti qanaah (berpada-pada). Ya Allah, lepaskan hati kami dari asbab-asbab ini, agar kami bebas dan tenang berpaut pada 'musabbabil asbab' (Penyebab segala sebab) – wajah-Mu ya Allah.
Pujuklah hati, katakan, didikan ini demi cinta-Nya jua.

Dipetik dari.. Artikel iluvislam.com

Friday, April 8, 2011

KHAS buat semua guru pelatih IPGK Perempuan Melayu

Bismillah...
Dengan nama Mu yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah..


perhatian kepada semua guru pelatih IPGK Perempuan Melayu!!


Anda di jemput untuk menyertai "Malam Pesona Anggun : Busana Muslimah"


anjuran BISA IPGK PM..


terbuka kepada semua


segala nya seperti berikut 




Hadiah disediakan kepada pemenang!!

JOM BERPAKAIAN SEORANG MUSLIMAH!!

JOM MENUTUP AURAT!!

PILIHAN DI TANGAN ANDA!!

MENUTUP AURAT KAH??

MEMBALUT AURAT KAH??

ANDA TENTUKAN !!

Mulanya di Sini

Bismillah ...

syukur..
hari ini..
masih lagi dapat diberi
peluang dan ruang..
hidup di atas muka bumi...
kesyukuran dipanjatkan..
masih lagi berada dalam 
nikmat iman dan islam Mu..

syukur kepada Nya..
kerinduan terubat...
buat pertama kalinya
pada tahun ini ...2011..
ku berada dalam perhimpunan pagi
di Balai Islam Saidatina Aisyah (BISA)
setelah sekian lamanya 

syukur pada Mu Tuhan...
segala puji-pujian hanya kepada Mu..

selepas pulang dari percutian..
selama 2 miggu di kampung halaman...
kini kembali semula ke dunia asal..
kembali kepada kehidupan sebagai 
seorang pelajar..
seorang bakal guru..
seorang insan...
seorang masyarakat...

alhamdulillah....

waktu kesibukan telah melanda..
bermula dengan asaimen2 dari pensyarah
....alhamdulillah..
hanya tggl lagi dua tugasan..

segalanya gerko.
.alhamdulillah.
..sudah selesai..

muet test....
sedang menanti...
mengumpul tenaga dan kekuatan
untuk menghadapi..

ujian akhir kursus (UAK)
TITAS...
sedang menanti...
Kau permudahkanlah Ya Allah...

program busana muslimah...
juga sedang  menanti kehadirannyer..
dengan penuh debaran

buletin bisa seterusnya...
moga di permudahkan...

di tengah2 kesibukan membuatkan ku terfikir sesuatu...
syukur kerana ini jalan yang di pilih..
syukur ini pilihan yang ku dapat...
walaupun terasa sibuk dengan segalanya...
namun kesibukan yang ku terima 
masih kecil saiznya
dari mereka yang lain yang lagi sibuk..


Ya Allah..
Kau permudahkanlah segalanya..
berikan aku kekuatan utk semua ini..
semoga yang dirancangkan ini berjalan dengan lancar..
amin..




-La yukallifullah illa wus'aha-